Tobat lahom Najib tak berani suruh SUHAKAM siasat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 04, 2012

Tobat lahom Najib tak berani suruh SUHAKAM siasat

DAP selar Najib pasai pilih untuk tubuhkan Panel Siasatan Bebas dan tak guna Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) untuk siasat keganasan polis masa himpunan BERSIH 3.0.

Sedangkan kerajaan sendiri tubuhkan SUHAKAM untuk kendalikan perkara-perkara yang berkaitan perlanggaran hak asasi manusia dan tentunya keganasan polis masa himpunan Bersih 3.0 termasuk dalam perlanggaran hak asasi mannusia.

Tobat lahom, Najib takkan berani gunakan SUHAKAM pasai selama ni SUHAKAM walaupun ditubuhkan kerajaan selalunya akan menyebelahi kebenaran dan takdak masalah untuk tak menyebelahi kerajaan.  
Kalau Najib gunakan SUHAKAM untuk siasat dan buat laporan berkenaan keganasan polis masa himpunan Bersih 3.0 tu tentu punya laporan yang akan keluar akan menyebelahi kebenaran yang tentu punya takkan boleh menyebelahi pihak polis dan kerajaan.

Pasainya memang jelas sangat dan terlalu banyak gambar dan video yang menunjukkan polis belasah peserta himpunan Bersih 3.0 macam sekumpulan anjing berebut tulang. kerumun ramai-ramai sepak terajang dan belasah ikut suka depa.

Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini]
Orang yang sesuai maksub Najib tentunya orang yang sanggup mengenepikan kebenaran dan boleh dibeli dan mungkin juga memegang keahlian Umno macam Pengerusi dan Timbalan pengerusi SPR.

Yang 'bebas' pada Panel Siasatan Bebas tu nanti mungkin adalah bebas untuk tak menyebelahi kebenaran dan bebas pulak untuk menyebelahi polis dan kerajaan.

Yang lawaknya bila Malaysiakini juga melaporkan
Najib berkata tiada sesiapa akan mengalami kecederaan sekiranya pihak penganjur perhimpunan itu mendengar nasihat kerajaan. - Ibid.
Kalau takdak arahan dari orang politik supaya polis belasah peserta himpunan BERSIH 3.0 tu, takkan pegawai polis yang tau dan faham undang-undang akan berani biarkan anggota polis yang Dr. Aziz Bari kata "gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa." tu belasah peserta himpunan Bersih 3.0 dikhalayak ramai dengan beruniform tapi takdak tanda nama dan nombor polis.

Yang sebenarnya, kalau Najib penuhi tuntutan Bersih 3.0 yang 8 perkara tu, dah tentu takkan ada himpunan Bersih, bila takdak himpunan dah tentu tak timbul soal cedera dan negara pun tak malu di mata dunia.

Lagi pun, 8 tuntutan tu bukannya tuntutan yang mengarut, tak berasas dan tak boleh ditunaikan. Malah 8 tuntutan tu adalah untuk pastikan Pakatan Rakyat boleh bertarung di peti undi secara anak jantan macam yang Najib kononnya nak, tanpa mana-mana pihak memperkudakan SPR dan jentera kerajaan dan sebagainya.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...