Angota polis berpangkat rendah yang mengamuk dan belasah perhimpunan Bersih 3.0 tu cuma ikut arahan, depa takkan berani bertindak pukul orang secara membuta tuli macam tu kalau takdak arahan dan kebenaran.
Para pegawai polis yang tahu dan faham undang-undang takkan berani keluarkan araahan gila macam tu kalau tak dapat lampu hijau dari pihak yang lebih atas.
Gila apa anggota polis belasah orang awam dikhalayak ramai dengan berpakaian uniform tapi tanda nama dan nombor polis ditanggalkan dari uniform. Nampak sangat semua tu adalah dirancang dari awal.
Jadinya memang tak salah kalau ada yang tuduh semua tu memang dirancang dari awal dan adalah arahan orang politik.
Hari ni, Najib sendiri buka rahsia, macam yang dilaporkan mStar:
[Sumber: mStar] |
Maksud aku, aku cukup yakin memang ada perancangan licik dari pihak polis sendiri atas arahan orang politik untuk gambarkan yang himpunan Bersih 3.0 memang berniat nak tawan Dataran Merdeka dan akan gunakan kekerasan termasuk ke atas anggota polis untuk tawan Dataran Merdeka tu.
Aku langsung tak heran kalau betul macam yang ramai dakwa memang ada SB dikalangan peserta himpunan Bersih 3.0 tu yang ditugaskan untuk buat provokasi untuk 'menghalalkan' polis gunakan kekerasan untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Kalau betul la himpunan Bersih 3.0 berniat nak tawan putrajaya, Unit Amal tentu di bagi tugas lain yang lebih sesuai. Apa perlu Unit Amal buat benteng dibelakang benteng polis kawal peserta himpunan Bersih 3.0 tu.
Kalau ada arahan, aku cukup yakin Umni Amal memang bersedia untuk merempuh benteng polis tu dan kalau Unit Amal jadi kepala rempuh benteng polis tu dan dibantu lebih 200,000 peserta himpunan tu, memang polis tak mampu buat apa-apa.
Tambah pulak kalau ada arahan untuk lawan balik keganasan polis, aku cukup yakin polis yang tunjuk samseng belasah rakyat masa himpunan Bersih 3.0 tu tentu ketar lutut nak dekat.
Anggota Unit Amal dah lama ditarbiah untuk "Beramal Kerana Allah" yang aku cukup yakin langsung tak takut termasuk kalau terpaksa syahid.
Tak payah ada arahan untuk lawan polis, kalau ada arahan untuk mempertahankan diri dan mempertahankan pesertan himpunan tu pun dah cukup. Kalau setakat 14,000 anggota polis yang katanya bertugas masa tu memang tak terlawan.
Tengok macam insiden di KLCC, macamana Unit Amal dan peserta perarakan Hijau 2.0 berjaya merempuh melepasi benteng polis untuk berarak ke arah Dataran Merdeka. Berapa orang anggota polis dan wartawan yang cedera dan ada dak kenderaan polis dan harta awam yang rosak.
Harus diingat KLCC tak termasuk kawasan larangan berhimpun yang mahkamah keluarkan. Kawasan yang mahkamah larang berhimpun cuma di Dataran Merdeka dan jalan sekitarnya saja.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis