TG Nik Aziz pun wala' kepada TG Hj Hadi? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 25, 2012

TG Nik Aziz pun wala' kepada TG Hj Hadi?

TG Nik Aziz & TG Hj Hadi berdoa
Dalam dua tiga hari ni media penchachai Umno tak habih-habih spin pasai muzakarah PAS dengan Umno. Media penchachai Umno nampak gayanya  memang sungguh-sungguh nak ambik politikal mileage dari isu ni. Depa sungguh-sungguh spin kenyataan TG Nim Aziz dan juga kenyataan TG Hj Hadi yang nampak ada kontra antara satu sama lain.

Macam yang aku ulas dalam posting aku sebelum ni yang bertajuk "TG Nik Aziz patut bermuzakarah dulu dengan TG Hj Hadi", mula-mula TG Nik Aziz kata dia bersedia nak berdebat dengan Umno, lepas tu TG Hj Hadi kata PAS cuma akan bermuzakarah dengan NGO bukannya dengan Umno, tiba-tiba TG Nik Aziz pulak keluarkan kenyataan yang dia nak muzakarah dengan Umno bukannya dengan NGO.

Ramai jugak yang cuba rasionalkan kenyataan dari dua pimpinan utama PAS ni tapi setakat yang aku terbaca takdak yang betul-betul boleh meyakinkan.  
Tiba-tiba hari ni TG Nik Aziz buat u-turn 180º, tarik balik hasrat dia nak bermuzakarah dengan Umno.

Sinarharian melaporkan:
[Sumber: SinarHarian]
Kalau ke ke alasan TG Nik Aziz tarik balik hasrat dia tu, cukup mudah, cukup jelas yang dia wala' kepada TG Hj Hadi sebagai 'tok imam'.

Mungkin ada yang akan kata kalau ikut haraki parti Mursyidul Am lebih tinggi dari Presiden. Pasai apa pulak Mursyidul Am nak kena wala' kepada Presiden.

Pada aku nak atau takmau muzakarah dengan Umno ni lebih kepada strategi jamaah, selagi tak bertentangan dengan Perlembagaan, dasar dan hukum PAS, terpulang kepada parti nak buat macamana pun.

Kalau bertentangan dengan Perlembagaan, dasar dan hukum PAS memang Majlis Syura' yang diketuai oleh Mursyidul Am kena campur tangan.

Jadinya bab strategi ni, memang jelas TG Hj Hadi sebagai Presiden lebih berkuasa. Majlis Syura' cuma boleh bagi nasihat.

Jadinya memang tepat alasan TG Nik Aziz tu, dalam episod ni TG Hj Hadi adalah 'tok imam' dan TG Nik Aziz walaupaun dia Mursyidul Am tapi sebagai ahli jamaah dia juga kena ikut 'tok imam'

Apa pun, macam yang aku tulis sebelum ni, mungkin dah ada muzakarah antara TG Nik Aziz dan TG Hj Hadi dan TG Nik Aziz bagi alasan macam tu.

Aku sebenarnya tak peduli sangat pun apa alasan yang pimpinan nak bagi tapi bila dapat alasan macam tu, bertambah mudah la ahli-ahli di akar umbi nak bersembang atau pun menjawab soalan kalau perlu.

Satu sisuasi yang cukup unik yang memang ujud dalam PAS yang tak mungkin akan ujud dalam Umno BN


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...