Karpal Singh ni dah buang tebiat ka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 24, 2012

Karpal Singh ni dah buang tebiat ka?

Aku tak faham langsung la dengan Karpal Singh ni, apa yang dia nak sebenarnya? Apa yang dia tak puas hati ni sebenarnya? Takkan dah buang tebiat kot.

Sebagai ahli politik veteran tak sepatutnya benda macam ni boleh keluar dari mulut dia, tambah-tambah PRU13 boleh berlaku bila-bila masa. Takkan dia tak faham media penchachai Umno BN yang memang pantang dapat buat tanggung macam tu.

Macam orang mengantuk disorongkan bantal, Utusan memang tak lepas peluang ni, yang memang sentiasa dinanti untuk dimainkan terutama sekali menjelang pilihanraya umum.

Utusan walaupun kali ni tak secara terang tapi maksud sebenar depa nak bagitau rakyat yang DAP nak kalau Pakatan Rakyat dapat tawan Putrajaya, bakal PM adalah dari DAP.
Tujuannya tak lain tak bukan untuk takutkan orang melayu dan untuk jauhkan orang melayu dari DAP supaya orang melayu tak undi calon DAP dalam pilihanraya.

Selama ni memang isu ni aku yakin bagi kesan kepada orang melayu, terutama sekali yang hidup bawah tempurung yang tak tau realiti sebenar politik Malaysia. Sampai sekarang pun masih ada yang BANGANG yang percaya dengan dongengan tu.

Realitinya DAP takkan berjaya menobatkan wakil dari DAP untuk jadi PM pasai depa tak mungkin boleh dapat suara majoriti dalam Parlimen walaupun menang semua kerusi yang depa bertanding.

Imej kat bawah ni menjelaskan realiti sebenar komposisi dalam Pakatan Rakyat.


Pun begitu, elok jugak kita baca apa laporan terkini akhbar pasai isu ni.

Utusan melaporkan:
Pengerusi DAP, Karpal Singh menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, meskipun ketika ini pakatan pembangkang bersetuju bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon paling layak memegang jawatan nombor satu negara, namun beliau secara peribadi menganggap tidak ada undang-undang yang boleh menghalang jawatan itu disandang oleh calon bukan Melayu.

"Selagi saya hidup, saya akan berjuang untuk melihat seorang bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan.
Malaysiakini melaporkan:
Berdasarkan realiti politik selama ini, perdana menteri Malaysia akan tetap seorang Melayu, kata ketua anggota parlimen DAP Lim Kit Siang.
Anggota Parlimen Ipoh Timor itu bagaimanapun berkata, perlembagaan menyatakan dengan jelas bahawa jawatan itu terbuka kepada semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama atau kawasan kediamannya. - Mkini.
Harakahdaily pulak melaporkan:
Dewan Ulamak PAS Pusat berpendapat mana-mana bangsa boleh dilantik menjadi Perdana Menteri asalkan mereka beragama Islam.

Timbalan Ketuanya, Datuk Ahmad Yakub (gambar) berkata, dalam Islam soal bangsa tidak menjadi isu utama, sebaliknya ketakwaan kepada Allah dan menjalankan segala perintah-Nya lebih penting.

“Kita jangan terikut-ikut sangat dengan soal bangsa sebab dalam Islam semua bangsa adalah sama. - Hrkh.
Kalau tengok dari 3 laporan tu, memang taddak perbezaan langsung, seiya sekata, tak kira apa bangsa memang sebenarnya pun boleh jadi PM kalau dapat sokongan majoriti di Parlimen. Jadinya apa perlu lagi Karpal Singh nak sensasikan lagi isu yang bukan isu ni?

Cumanya Timbalan Ketua Dewan Ulama' PAS tu pi sikit jauh ja dengan kata:
“Dan yang lebih penting seseorang pemimpin itu perlu mematuhi hukum Allah dan berlaku adil sesama manusia tanpa mengira bangsa,” katanya yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan. - Ibid

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...