Terima kasih pasai pilih Hanif Omar ketuai Panel Penasihat Bebas | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 10, 2012

Terima kasih pasai pilih Hanif Omar ketuai Panel Penasihat Bebas

Semalam Hishamuddin Hussien sebagai Menteri Dalam Negeri dah buat satu pengemuman yang mengejutkan, bukan saja penyokong Pakatan rakyat terkejut aku yakin orang Umno BN pun ramai yang terkejut.

Aku tak pasti hantu BANGANG sapa yang dah merasuk sampai Najib Rosmah boleh jadi bangang macam tu. Dalam keadaan sekarang ni cuma orang bangang saja yang boleh bersetuju dengan perlantikan Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara untuk ketuai Penel Penasihat Bebas yang akan siasat insiden 'huru-hara' masa himpunan Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Sekurang-kurangnya ada 2 sebab utama pasai apa tak sepatutnya Hanif Omar dipilih duduk di kerusi tu, yang jelas sangat betapa tak bebasnya hanif Omar tu.
Yang pertama pasai dia bekas Ketua Polis Negara, mana nak sesuai seorang bekas Ketua Polis Negara nak dianggap bebas kalau antara benda yang dia kena siasat adalah keganasan anggota polis.

Tentu punya ada bias, tambah-tambah pulak realiti pasukan polis yang memang terkenal dengan tahap rasuah yang tinggi. Malah masa dia jadi ketua Polis Negara pun banyak jugak aksi-aksi dia yang boleh dikategorikan sebagai aksi 'si anjing Umno'

Patutnya Najib Rosmah boleh pilih dari kalangan bekas pegawai tentera, tentu tak berapa nak relevan kalau timbul cerita pasai tak bebas.

Alasan kedua, pasai Hanif Omar awal-awal lagi dah buat kenyataan yang cukup jelas menghentam himpunan Bersih 3.0. Belum siasat lagi dah jatuh hukum ni apa cerita?

SinarHarian pada melaporkan:
[Sumber: SinarHarian]
Yang aku herannya, takkan Najib Rosmah sampai tahap tu punya BANGANG, benda macam tu punya mudah pun tak boleh nak fikir.

Dari sudut lain, aku sebenarnya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada Najib Rosmah pasai lantik Hanif Omar ni sebagai pengerusi Panel Penasihat Bebas tu. Dengan adanya Hanif Omar sebagai pengerusi, bertambah mudah kerja Jawatankuasa Pemandu bersih dan Pakatan Rakyat.

Tak kira la apa pun bentuk laporan jawatankuasa tu akan bentangkan nanti, laporan tu senang-senang akan dianggap sebagai bias malah belum pun panel tu mula mesyuarat persepsi bias dah muncul. Kerja untuk hasut rakyat untuk tolak laporan tu jadi sangat mudah.

Alangkah baiknya kalau harapan Penarikbeca supaya ditambah lagi anggota panel tu dengan memasukkan Rahim Noor jadi timbalan kepada Haniff dan Musa Hassan sebagai setiausaha panel itu. Lagi cantik kalau boleh tambah Ahmad Said Hamdan dan Aseh Che Mat sebagai anggota tambahan.

Apa pun, terima kasih sekali lagi untuk Najib Rosmah pasai memudahkan kerja pakatan Rakyat untuk menghasut rakyat menumbangkan Umno BN dalam PRU13 nanti.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...