Lagi usaha nak memperbodohkan mahasiswa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mei 04, 2012

Lagi usaha nak memperbodohkan mahasiswa

Sebelum ni sidang Perlimen dah pun meluluskan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti. Antara lain pindaan tu buang larangan dalam AUKU untuk mahasaiswa berpolitik.

Pindaan tu bukan takat bagi kebenaran kepada mahasiswa untuk jadi ahli dan pegang jawatan dalam mana-mana parti politik tapi kalau nak jadi calon pilihanraya pun boleh.

Walaupun mahasiswa mungkin tak puas hati pasai kalau boleh depa nak AUKU tu dimansuhkan terus tapi sekurang-kurangnya depa masih boleh sikit lega pasai pindaan tu bagi banyak kelonggaran berbanding sebelum ni.

Dalam ulasan berkenaan pindaan Auku tu Muhyiddin Yasin kata mahasiswa sekarang lebih matang dalam membuat keputusan pasai tu pindaan tu dibuat untuk bagi lebih kebebasan kepada mahasiswa.  
Yang herannya pasai apa pulak tiba-tiba, bermula semester baru pada bulan September ni, semua pelajar universiti awam nak kena tandatangan kontrak yang mengandungi apa yang 'patut' dibuat dan 'larangan' di kampus.

Kalau betul macam kata Muhyiddin Yasin yang mahasiswa sekarang lebih matang, apa perlu sampai kena tandatangan kontrak khas macam tu.

Tak kira la apa isi kontrak tu, suruh mahasiswa tandatangan kontrak "do and don't" macam tu menunjukkan yang kerajaan tak yakin dengan kematangan mahasiswa.

Pada aku, tindakan terbaru ni menunjukkan yang kerajaan masih nak mengongkong mahasiswa, masih nak memperbodohkan mahasiswa dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan mahasiswa.

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Kesian kat mahasiswa, baeru ja nak rasa boleh bernafas sikit dah kena pulak tekanan baru.

Sumber imej: azwankamal


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...