Muka-muka 49 orang Wanted Bersih 3.0 | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 03, 2012

Muka-muka 49 orang Wanted Bersih 3.0

Pihak polis hari ni keluarkan gambar muka-muka 49 orang yang yang kalau ikut Bharian diistilahkan sebagai "individu yang dikehendaki susulan pembabitan mereka dalam perhimpunan Bersih 3.0".

Dan senarai 49 orang ni katanya bukan ini saja tapi akan ada lagi senarai lain yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Kalau ikut FreemalaysiaToday depa-depa ni adalah suspek kepada berbagai jenayah di bawah panel code termasuk melanggar arahan polis dan riot.

Polis nak muka-muka wanted ni supaya serah diri ke balai polis yang berhampiran dan sapa-sapa yang ada maklumat pasai muka-muka wanted tu supaya juga bagi maklumat tu di balai polis berhampiran.
Cumanya kalau tengokkan ke gambar macam kat bawah ni, gambar tu pada aku tak cukup jelas untuk betul-betul boleh dikenalpasti kecuali beberapa gambar yang agak sikit jelas. Taktau la pulak kalau polis ada alat yang cukup canggih yang boleh padankan gambar yang kabur tu dengan rupa sebenar.

Kalau tanya aku, bagi individu-individu yang rasa macam nak serah diri, sebelum serah diri ke balai polis berhampiran lebih elok pi hubungi dulu peguam Bersih 3.0 untuk dapatkan khidmat nasihat.




Yang lawaknya, mungkin untuk bagi tak nampak sangat tak adil, Ketua Polis Kuala Lumpur "mengharapkan individu yang terkilan dengan tindakan polis ketika perhimpunan untuk berhubung terus kepada Pegawai Jabatan Siasatan Jenayah D7, ASP Azmi Aziz, di talian; 0122602344, 0193872344, atau emel azmiaziz@rmp.gov.my"

Untuk apa pi jumpa polis kalau terkilan. Lebih baik pi jumpa peguam, kot-kot boleh buat kes, saman polis dan kerajaan Malaysia.

Apa pun, aku harap Dr. Aziz Bari sebagai seorang 'pakar perlembagaan' yang juga ditahan masa himpunan Bersih 3.0 tu boleh mulakan tingakan saman ke atas polis dan kerajaan Malaysia atas salahlaku anggota polis, mana cukup kalau setakat Dr. Aziz Bari tulis pengalaman peribadi saja.

Sumber imej: Freemalaysiatoday dan Fb polis KL

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...