Bukan saja tanah rizab melayu, tanah kubur pun jadi mangsa | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mei 22, 2012

Bukan saja tanah rizab melayu, tanah kubur pun jadi mangsa

Di Pulau Pinang, Umno menjerit berdemo kerana dikatakan Guan Eng menjual tanah perkuburan, tapi depa diam bila Guan Eng mengeluarkan 20 juta ringgit untuk membeli tanah yang dimiliki oleh orang bukan Islam, dan kemudiannya dijadikan tanah perkuburan Islam.. Orang Umno kena tengok laporan ini.

Ia merupakan kes yang jarang berlaku di mana tanah bukan Islam diambil untuk tujuan perkuburan bukan Islam di Pulau Pinang. Dari 3.208 ekar tanah yang terlibat, 1.55 ekar akan dijadikan tanah wakaf perkuburan manakala baki 1.657 ekar akan dijadikan perumahan am rakyat setempat yang menelan belanja RM60 juta lagi.

Kemudian, orang Umno kena tengok pula gambar dibawah ini.

Dalam Daerah Larut Matang, satu lot tanah yang telah dikhaskan untuk tanah perkuburan Orang Islam seluas 1.18 hektar (3 ekar) telah dimansuhwartakan. Orang-orang Larut kena check kawasan ini sebab takut nanti, jadi macam penduduk di Redang Sawa, Tualang Sekah. Depa keluar duit untuk bersihkan tanah, tiba-tiba tanah diberikan kepada orang lain.

Pasal apa Zambry ambik balik tanah kubur ini? Bukan satu kes, tapi kat bawah ni lagi satu.


Yang ni lagi berat. Aku tak dapat nak bagi tau secara tepat kawasan ni dekat mana. Minta tolong member-member dari Pejabat Tanah tolong check kat mana kawasan ini.

Seluas 25.69 hektar (63.4 ekar) kawasan yang telah dikhaskan untuk Tanah Perkuburan Orang Islam dalam Daerah Kinta juga telah dimansuhkan baru-baru ini…dan telah diwartakan pada 5 Januari 2012.

Baca sepenuhnya di MediaPerak.com


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...