Betui ka TG Hj Hadi sungguh-sungguh takmau bertanding PRU13? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mei 21, 2012

Betui ka TG Hj Hadi sungguh-sungguh takmau bertanding PRU13?

Semalam MalaysianInsider ada melaporkan satu berita yang pada aku cukp besar terutama sekali untuk ahli dan penyokong PAS.

Dalam laporan tu kata yang TG Hj Hadi macam sungguh-sungguh takmau dah bertanding untuk PRU13 yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa saja lagi.

Katanya, TG Hj Hadi tetap dengan keputusannya untuk tak bertanding walaupun kepimpinan PAS dan Pakatan Rakyat minta dia untuk kaji semula keputusan dia tu. Alasan yang dinyatakan, TG Hj Hadi dah penat selepas lebih 30 tahun jadi wakil rakyat, terpaksa pusing seluruh negara sebagai presiden PAS dan terpaksa jaga kawasan sebagai wakil rakyat.  
MalaysianInsider melaporkan:

[Sumber: TMI]
Selain dari MalaysianInsider, TheStar pun ada melaporkan pasai berita ni dengan tajuk "PAS president wants to pick the best candidates to contest his seats."

Rupa-rupanya, TheStar baru siarkan wawancara yang dibuat pada bulan april lepas dan mungkin MalaysianInsider buat laporan berdasarkan berita TheStar tu.

Dr. Shamsuri, Setiausaha politik TG Hj Hadi kata macam dilaporkan Harakahdaily, pendirian TG Hj Hadi tu sebelum AJK PAS Pusat bermesyuarat pasai isu tu. Wawancara itu sebenarnya telah diadakan hampir dua bulan lalu iaitu pada 3 April 2012 di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut.
"Tetapi seminggu selepas itu segala-galanya sudah berubah apabila mesyuarat PAS Pusat memutuskan Presiden PAS masih perlu bertanding," katanya kepada Harakahdaily. - Hrkh.
Cuma yang aku mushkilnya, Harakahdaily ada ulas pasai isu ni pada bulan Februari lepas atau lebih tepat lagi pada 3 Februari (macam imej kat bawah) yang melaporkan TG Hj Hadi akur dengan keputusan Mesyuarat AJK Pas Pusat yang tolak hasrat dia tu.

Aku harap Dr. Shamsuri tersilap fakta bila dia kata wawancara dengan TheStar tu dibuat pada bulan April, tapi kalau betul wawancara tu dibuat pada bulan April maknanya tentu ada sesuatu...

[Sumber: Hrkh]
[Sumber imej atas: TheStar]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...