Aku peduli apa kalau betul pun Azmin dalam gambar tu | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mei 03, 2012

Aku peduli apa kalau betul pun Azmin dalam gambar tu

Sehari dua ni kecoh pasai satu lagi skandal seks. Kalau sebelum ni cuma Anwar Ibrahim sorang yang kena. Kalau ikut fitnah-fitnah yang kena kat Anwar memang hebat Anwar ni, dengan betina dia main dengan jantan pun dia main, dengan bini orang dia main dengan cina doll pun dia main.

Berbelas tahun Anwar turun naik mahkamah bicara pasai skandal seks masalahnya sampai sekarang sokongan kepada Anwar tetap macam tu jugak dan Umno BN tak berjaya nak bunuh kerjaya politik Anwar dengan skandal seks.

Kali ni Azmin Ali pulak kena. Siap masuk muka depan Utusan lagi berita tu sampai ada yang bagi gelaran baru kepada utusan sebagai utusan Playboy. Demi nak bagi isu skandal seks Azmin tu cukup panas, Utusan terpaksa ketepikan 'nilai ketimuran' sampai sanggup bubuh gambar aksi dalam jamban tu di muka depan.  
Umi Hafilda pulak langsung tak bertangguh, terus sambut cerita tu dan dia bagitau yang dia yakin 99.9% orang dalam  gambar tu adalah gambar abang dia Azmin Ali dan desak supaya Azmin buat sumpah laknat nafikan skandal tu.

Memang kalau tanya aku, aku pun akan kata gambar tu memang ada rupa Azmiin sama macam orang dalam video dengan cina doll yang dikatakan Anwar sebelum ni, memang sebijik macam Anwar.

Cumanya setakat ni aku lebih selesa pilih untuk tak percaya. Tambah-tambah lagi Azmin adalah pemimpin Pakatan Rakyat yang berlawan dengan Umno BN yang kebanyakkannya memang beriman sungguh-sungguh dengan teori machiavelli. Dengan teknologi filem sekarang ni, apa sangat la kalau nak buat video yang nampak sama 100% pun.

Dalam keadaan sekarang ni, kalau betul pun orang dalam gambar tu memang betul Azmin, aku tak peduli.

Macam kata Apit dalam entry aku sebelum ni yang bertajuk "Kalau babi sekali pun yang lawan Umno, kami sokong!"
“LESBIAN tu JAHAT, GAY tu JAHAT, BISEXUAL tu JAHAT, tapi UMNO lagi JAHAT!! - Hang tau dak, Ambiga jadi LGBT tu bukan sebab dia nak jadi LGBT tapi sebab UMNO lah yang biarkan dan jadikan rakyat kita dok ikut LGBT ini. Bukan salah AMBIGA & Geng, tapi Salah UMNO – sebab itu kita semua rakyat jelata tak kira apa bangsa kena jatuhkan UMNO D*J** ini!!” - Ibid
Macam tu jugak dalam kes skandal Azmin ni, kalau betul orang gambar tu memang Azmin, yang lebih salahnya adalah Umno BN yang selama ni ujudkan suasana yang benarkan benda-benda macam tu berlaku. Tambah-tambah pulak Azmin memang asalnya Umno dan tak mustahil budaya macam tu dia dah praktikkan lama dalam Umno dulu.

Pasai tu la kot mana pun Umno kena ditumbangkan dulu. Bila Umno dah tumbang insyaallah isu moral macam ni akan jadi mudah untuk diatasi terutama sekali yang melibatkan orang Islam.

Awlawiyatnya di situ, tambah-tambah pulak kalau guna konsep 'ambil mudarat kecil untuk halang  mudarat yang lebih besar...'


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...