Rang Daftar Pemilih Tambahan terbaru paling kotor? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Mei 02, 2012

Rang Daftar Pemilih Tambahan terbaru paling kotor?

Rang Daftar Pemilih Tambahan rDPT
Hari ni Rang Daftar Pemilih Tambahan datang lagi. Kali ni untuk Suku Pertama tahun 2012 iaitu untuk tempoh 1 Januari hingga 31Mac 2012.

Rang Raftar Pemilih Tambahan kali ni dikatakan yang terakhir yang akan digunakan untuk PRU13 kalau PRU13 dijalankan dalam bulan Mei ini atau bulan bulan Jun depan.

Kalau PRU13 ditangguhkan lagi sampai ke bulan Ogos ke atas, besar kemungkinan akan digunakan Daftar Pemilih yang disahkan sampai ke suku kedua.

Tak kira la bila pun Najib nak bubarkan Parlimen dan adakan PRU13, kerja-kerja berkaitan dengan Rang Daftar Pemilih Tambahan ni nak kena dibuat jugak, takdak alasan untuk tak buat.
Tambahan pulak, rang tambahan kali ni disyaki adalah rang yang paling kotor yang mungkin dimanipulasi oleh 'si anjing Umno' terutama sekali yang ada dalam JPN dan SPR sendiri.

Dengan keluarnya bukti yang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli Umno berdaftar, memang sepatutnya pun kita pastikan rDPT terbaru ni BERSIH dari segala kekotoran.

Jadinya kot mana pun, jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terutama sekali di peringkat lokaliti kena betul-betul semak senarai tu, kena buat bantahan kalau ada yang nampak tak berapa nak clear.

Untuk Jentera Pilihanraya PAS perak, senarai tu boleh didownload dari portal PAS Perak dan password kena mintak dari Pengarah Pilihanraya PAS Kawasan masing-masing.

Yang CELAKA nya, sama macam rang suku ketiga sebelum ni, rang kali ni pun tak senaraikan nama pengundi yang akan dipotong dari Daftar Pemilih. Tah apa yang SPR nak sorok sampai lani masih lagi misteri.

Cumanya macam dilaporkan Bernama:
SPR memaklumkan bahawa suruhanjaya itu tidak mempamerkan senarai nama yang akan dipotong dari Daftar Pemilih yang telah hilang kelayakan seperti meninggal dunia, lucut hak warganegara dan sebagainya.

"Bagaimanapun, untuk memudahkan parti politik membuat semakan kepada senarai nama itu, SPR akan mengedarkan cakera padat (CD) yang mengandungi senarai nama yang akan dipotong kepada parti-parti politik," katanya. - Bernama.
Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...