Solat mereka, ibadat mereka, hidup mereka, mati mereka kerana rasuah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 13, 2012

Solat mereka, ibadat mereka, hidup mereka, mati mereka kerana rasuah

Oleh: Pak Bakar.

Dalam posting sebelum ini bertajuk "Hari-hari penganut agama rasuah sakitkan hati rakyat dengan hujjah laknat", saya tulis bahawa rasuah telah menjadi satu agama, satu cara hidup.

Kita dengar penjelasan ustaz-ustaz bahawa Islam adalah satu addin atau cara hidup (sebut ustaz, tolong cari ustaz cerdik sebab ustaz bangang bersepah-sepah). Mat Salon kata way of life. Hari ini, di dalam parti tertentu di negara ini, rasuah telah menjadi cara hidup, way of life atau addin mereka.

Mengapa begitu? Antara puncanya ialah mereka dan keluarga mereka hidup di luar kemampuan mereka. Untuk memastikan berterusannya hidup mewah ala syaitan yang mereka nikmati itu, mereka dengan penuh lazat dan ghairah memeluk agama rasuah. Bukan terpaksa. Tetapi, itu pilihan yang mereka buat dengan penuh lazat dan ghairah.
Sebab itu mereka mesti pastikan parti mereka menang. Seperti yang selalu saya sebut sebelum ini, kalau parti mereka kalah, siapa nak bayar hutang mahligai mewah yang bukan setakat sebiji dua, siapa nak bayar hutang kereta mewah yang berderet-deret? Mereka mesti menang. Tak boleh tidak. Mereka mesti terus berkuasa.

Untuk menang, mereka munculkan diri mereka sebagai pejuang bangsa. Sedangkan, hari-hari bangsa Melayu mereka tipu dan khianati. Tanpa segan silu, walaupun majoritinya hidup bergelumang dosa dan maksiat, mereka tampilkan diri sebagai pejuang Islam.

Sembahyang mereka, ibadat mereka, hidup mereka, mati mereka, semuanya kerana rasuah.

[Baca seterusnya di blog PenarikBeca]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...