Jentera pilihanraya PR Johor kena buktikan ramalan Daim salah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 13, 2012

Jentera pilihanraya PR Johor kena buktikan ramalan Daim salah

Masa sebelum pilihanraya umum ke 12 pada tahun 2008 Daim Zainuddin bekas menteri kewangan meramalkan yang Selangor Pulau pinang dan kedah akan terlepas dari tangan BN dan ternyata memang betul ramalan Daim tu.

Pada 20 Mac lepas Dain Zaimuddin sekali lagi buat ramalan dan ramai menjangkakan ramalan Daim kali ni pun mungkin tepat macam ramalan dia untuk PRU12 lepas.

Macam yang dilaporkan Malaysiakini, antara lain Daim ramal BN cuma boleh menang mudah di 3 negeri sahaja iaitu Johor Melaka dan Pahang.

Dengan perkembangan terkini yang hampir pasti Naib Presiden PAS, YB Salahuddin Ayub akan balik bertanding di Johor dan dicanangkan pulak sebagai calon bakal Menteri Besar Johor selepas PRU13, jentera PR di Johor kena pastikan ramalan Daim tu salah.
Macamana nak lantik Salahuddiin Ayub jadi menteri besar kalau Umno masih boleh menang di Johor. Bukan setakat masih boleh menang tapi boleh menang mudah di Johor.

Kalau baca apa yang MSO tulis dalam blog dia pasai Salahuddin Ayub dalam blog dia Merah Tinta MSO, orang yang berjiwa besar macam Salahuddin memang sesuai jadi menteri besar tapi tulisan 'bodek' macam tu tak boleh menjamin Salahuddin berjaya diangkat jadi menteri besar.

Apa yang penting adalah gerakerja jentera terutamanya di semua Dun target. Kalau kena dengan rentak, gaya dan strateginya, memang tak mustahil ramalan Daim pasai Johor tu akan jadi meleset.

Apa pun, yang pentingnya PAS Johor kena pastikan gerakerja jentera pilihanraya PAS di Johor untuk PRU13 berbeza dengan gerakerja jentera pilihanraya masa PRU12 dulu.

Kalau masih sama lebih kurang macam masa PRU12 keputusan pun akan jadi lebih kurang sama macam masa PRU12 dan jangan mimpi la nak tengok Salahuddin jadi Menteri Besar Johor.

Tapi kalau sampai tahap Salahuddin Ayub sendiri pun kalah, memang masak la PAS Johor kena belasah.

Malaysiakini melaporkan:

[Sumber: Mkini]
[Sumber imej: Facebook]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...