Pemuda Umno buat demo anti Bersih 3.0 kat Masjid Daerah? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, April 27, 2012

Pemuda Umno buat demo anti Bersih 3.0 kat Masjid Daerah?

Aku dapat text yang kata lepas Jumaat tadi Pemuda Umno Parit Buntar nak buat demonstrasi anti Bersih 3.0. Katanya depa plan nak buat lepas solat Jumaat kat Masjid Daerah Parit Buntar.

Masalahnya hendset aku terset mute tak perasan ada text masuk. Lepas balik dari mesjid baru aku baca text tu. Kalau dak menarik jugak kalau dapat ikut serta.

Kemudian member yang hantar text tu call aku cerita situasi kat Mesjid Daerah, dia pun sembahyang Jumaat kat situ.

Member tu bagitau rupa-rupanya takdak demo. Dia pun heran pasai apa pulak demo tu tak jadi padahal dia memang dapat maklumat dari 'perawi' yang memang dia sangat percaya.
Member tu bagitau padahai memang nampak ada muka-muka pemuda Umno kat situ, paling kurang pun takat-takat 20 orang memang ada yang dia yakin muka-muka pemuda Umno.

Puak-puak tu member tu bagitau lepas habis solat Jumaat depa lepakdi kedai mamak depan masjid tu makan roti canai.

Kalau tanya aku, aku sangat sokong kalau betul Pemuda Umno buat demo anti Bersih tu. Bukan sokong apa yang depa demokan tapi sokong depa gunakan hak depa untuk berhimpun dan hak depa untuk menzahirkan perasaan depa. kalau setakat demo pegang kain rentang dan sepanduk dan berucap guna hailer memang takdak masalah.

Cuma yang aku mushkilnya pasi apa pulak demonstrasi tu dibatalkan di saat akhir?

Kalau nak ikutkan, 20 orang tu memang lebih dari cukup untuk mula buat demonstrasi kalau setakat di masjid Daerah.

Masa demo anti Amerika dulu cuma 3 orang saja yang mula, bila dah mula tu nanti akan ada la yang joint sama. Walaupun tak ramai tapi cukup untuk menggusarkan polis sampai polis kalut buat roadblock lepas tu.

Aku punya andaian tentu ada pihak lain dalam Umno sendiri yang sabotaj demonstrasi pemuda Umno tu. Mungkin puak tu rasa demonstrasi tu akan lebih merugikan Umno sendiri.

Ataupun mungkin jugak pihak yang sabotaj tu memang nak sabotaj pemuda Umno Bahagian. Semenjak Ketua Bahagian arwah Raman Suliman meninggal dunia, Umno Bahagian Parit Buntar memang cempera, masing-masing cuba nak kuasai bahagian.

Aku pun tak semak lagi maklumat dari SB yang ada dalam Umno lagi, nanti-nantilah lepas Bersih 3.0 kut baru aku siasat. Lagi pun SB tu sekarang ni ada di luar kawasan.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...