"Hang pergi ka (himpunan) LGBT (lesbian, gay, bisexual and transgender) esok?" tanya seorang kawan dari Umno merujuk kepada perhimpunan Bersih 3.0 esok. Saya jawab, "aku nak pergi".
Puak Umno memomokkan perhimpunan Bersih 3.0 esok sebagai perhimpunan LGBT. Maklumlah, Pengerusi Bersih, Datuk S Ambiga juga adalah penaung Seksualiti Merdeka dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula dituduh sebagai kaki liwat.
Saya bagi tau kawan saya itu, dalam pilihan raya umum 2008 dahulu, orang pakat-pakat undi pembangkang bukan sebab depa suka kat pembangkang. Tetapi sebab depa benci kat Umno (syukur kepada Allah s.w.t. kerana ada juga beberapa pemimpin pembangkang yang tak perasan, tidak syok sendiri dan menyedari hakikat itu).
Samalah juga kalau saya nak pergi perhimpunan Bersih 3.0. Saya nak pergi sana bukan sebab saya sokong Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kesemuanya eeeeeeeeeeeee to the power of 100!) Saya nak pergi sana sebab saya nak lawan Umno yang kotorkan pilihan raya negara ini yang serba tidak adil.
Kawan saya tu kemudiannya bagi tau saya bahawa pembangkang buat perhimpunan itu sebab dah tak ada isu nak lawan Umno (or something to that effect).
Yang saya tak teringat nak tanya dia ialah, kalau logik itu yang digunakan, kalau pergi dikira bermakna sokong LGBT, adakah tak pergi pun sokong LGBT juga maknanya? Sebab tentulah menteri yang dituduh LGBT tak bagi kita hadiri perhimpunan itu.
Sumber: Penarikbeca
Nak tau sapa menteri tu boleh tengok gambar kat blog Penarikbeca.
Untuk makluman, menteri yang dimaksudkan tu BUKAN Hishamuddin Hussien
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis