Apa pun, elok jugak kalau hangpa baca apa yang Matsamankati tulis dalam MediaPerak.com tu. Macamana undang-undang baru yang diluluskan dalam Perlimen baru ni boleh digunakan dengan cukup mudah untuk tahan, bukan saja blogger tapi juga facebooker youtubers mauppun twitterian (betui ka istilah ni?)
Kalau sebelum ni kita ada lubang agak mudah untuk terlepas tambah-tambah kalau guna anynomous tapi dengan undang-undang baru ni kalau guna anonymous pun boleh kena kalau boleh dikaitkan dengan kita.
Dalam Seksyen 114A(1) yang baru diperkenalkan, ia menyebut, "Seseorang itu yang menggunakan nama, gambar atau nama samaran dalam mana-mana penerbitan menggambarkan dirinya sebagai pemilik, pentadbir, editor atau sub-editor atau terlibat dalam mana-mana penerbitan dianggap telah menerbitkan sesuatu kandungan itu kecuali ianya dapat dibuktikan sebaliknya." - MediaPerak.comTeruk tak teruk undang-undang baru ni, 3 contoh macam kat bawah ni pun boleh kena kat kita.
- Kita pakai WiFi kat rumah sewa yang diduduki oleh ramai lagi kawan kita. Tapi kalau akaun WiFi tu milik kita. Maka kita akan dianggap pemilik sesuatu posting itu walaupun kawan kita yang tulis.
- Kita pasang Wifi kat rumah, tapi ada jiran sebelah yang “curi” line kita…maka kita juga perlu bertanggungjawab terhadap apa yang jiran kita tulis, walaupun kita tak tau sebab IP kita punya.
- Kalau la ada kawan kita datang kerumah dan tumpang broadband kita..yang tu juga kita kena bertanggungjawab. - Ibid.
Ini satu contoh macam mana kalau Umno nak pekena kita.Macam mana kalau depa hijack blog Cenangau, lepas seminggu depa buat posting yang maki hamun Sultan. Buta-buta saja Cenangau jadi orang kedua selepas Matsamankati kena cekup. - Ibid.Bubuh la nama blogger lain sebagai contoh, ramai lagi dok ada blogger hebat-hebat nama aku jugak yang dia pilih. Pilih la Papagomo ka, Parpukari ka, Taipingmali baru la seronok sikit kita baca. Habih takdak pun pilih la Manjongmari... Hahaha...
Artikel lengkap boleh dibaca di MediaPerak.com
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis