Dengan kenyataan terbaru dari Salahuddin macam yang dilaporkan Malaysiakini, aku rasa makin menjadi-jadi kecut perut dia.
Mungkin dia dah terbayang berapa banyak modal yang dia kena keluar berbanding masa PRU12 dulu. Kalau dulu dia cuma kena berbelanja supaya dia menang besar tapi kali ni dia kena berbelanja supaya dia tak kalah.
Kalau dulu dia cuma lawan dengan pemimpin PAS di peringkat kawasan saja tapi kali ni dia terpaksa lawan dengan pemimpin PAS di peringkat pusat.
Salahuddin pasti akan turun dengan persediaan yang lebih hebat. Selain dari dana tempatan tentu Salahuddin akan dapat bantuan dana tambahan dari Kuala Lumpur. Bila dana lebih banyak, lebih banyak la yang boleh jentera buat.
Dan Fuad tentu akan lebih kecut perut bila dia tengok selain dari jentera tempatan, ada tambahan jentera dari Kuala Lumpur dengan berbagai-bagai kepakaran tambahan yang sanggup turun ke Batu Pahat semata-mata untuk pastikan Naib Presiden PAS tu menang.
Dan mungkin yang paling hebat sekali bila jentera perang saraf dari pusat pun akan turun sama dan Fuad Zakarshi dan jentera Umno perlu berdepan dengan strategi saraf yang mungkin depa tak pernah hadapi sebelum ni.
Mungkin masa tu Fuad Zarkashi terpaksa keluarkan modal yang tinggi untuk cuba beli balik jentera dia sendiri yang berpaling tadah tikam dari belakang.
Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis