KEHADIRAN mengejutkan ratusan ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur pada hujung tahun 2006 untuk himpunan Bersih kali pertama adalah berasaskancabaran Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. “Saya pantang dicabar,” yang diungkapkan Abdullah rupanya menjadi kata-kata provokasi terhadap rakyat Malaysia yang mahu menyahut cabaran beliau.
Halangan untuk Bersih kali pertama tidak kurang hebatnya. Banyak bas yang tidak sampai ke Kuala Lumpur kerana dipaksa berpatah balik. Baju kuning dirampasdi dalam bas ketika dalam perjalanan peserta Bersih, sekatan jalan raya di sana sini, ugutan dan tekanan terhadap kakitangan kerajaan berlaku secara terangterangan; namun ribuan manusia hadir juga ke ibu kota. Kali pertama BN terkejut dengan jumlah kehadiran yang begitu besar.
Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai 2011 adalah paling mencabar dalam sejarah himpunan aman yang berlaku dalam negara. Bayangkan lebih 1000 laporan polis dibuat terhadap penganjur Bersih 2.0. Demonstrasi bantahan dan penghantaran memorandum diadakan di sana sini setiap hari. Kenyataan mengutuk Bersih 2.0muncul saban hari dalam media yang dikuasai sepenuhnya oleh BN.
Serangan tidak hanya bertumpu kepada penganjuran Bersih, penganjur pun diserang juga. Pengerusi Bersih 2.0, Dato’ S Ambiga adalah yang paling terukdibelasah. Semua isu yang tiada kena mengena dengan tuntutan Bersih dikeluarkan untuk merosakkan imej Ambiga.
Kali pertama juga berlaku dalam sejarah dunia moden memakai dan mengedar baju kuning tertera perkataan ‘Bersih’ menjadi satu kesalahan. Mereka yang memakainya ditahan dan yang menjualnya diheret ke mahkamah. Pihak yang menganjurkan ceramah pra Bersih juga dihalang serta diambil tindakan.
Beberapa hari menjelang Bersih 2.0, sekatan jalan raya diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan tekanan terhadap rakyat agar tidak menyertai perhimpunan aman di ibu kota itu. Perkasa dan Patriot yang meminjam tenaga warga asing turut mengadakan ancaman untuk menakut-nakutkan rakyat.
Muncul pula episod sandiwara bom petrol bersama baju Bersih yang ‘dijumpai’ pihak polis. Walaupun sandiwara itu tidak kelakar tetapi ia berjayamenyerlahkan kedunguan pihak tertentu melakukan kerja memperbodohkan rakyat melalui strategi lembam yang tidak pernah berubah sejakmerdeka.
Hasilnya, ratusan ribu manusia berhimpun juga di Kuala Lumpur sekalipun ramai yang tidak berbaju kuning. Jumlah kehadiran hampir tiadabezanya dengan himpunan Bersih kali pertama diadakan. Dato’ Seri Najib Razak dan para pemimpin BN pening kepala kerana halangan yang dibuat ke ta hap maksimum pun gagal membendung kehadiran rakyat yang ramai.
Kini bila muncul Bersih 3.0 pendekatan yang diambil kerajaan pim pinan Najib berubah sama sekali. Tiada teka nan, tiada provokasi dan tiada pula ‘promosipercuma’ oleh media-media talibarut BN se perti sebelum ini. Soalan yang menarik untuk himpunan Bersih 3.0 kali ini ialah, apa strategi BN?
Jangan ingat bahawa sikap sambil lewa BN menghadapi Bersih 3.0 adalah kerana tidak mampu lagi untuk menghadapi kebangkitan rakyat. BN melakukanpelbagai perancangan untuk mempastikan kuasa mereka tidak tergugat. Perancangan tidak semesti dihebahkan. Diam orang jahat juga adalah satu perancangan.
Secara teori, manusia akan rasa selesa dan tidak tercabar jika tidak diancam. Pihak yang akan hadir ke himpunan Bersih adalahpenyokong tegarPakatan Rakyat. Keinginan untuk hadir lebih membuak jika dihalang dan dilarang oleh musuhnya. Mungkin keinginan jadi menurun jika tiada halangan. Itu cuma andaian, belum tentu tepat.
Kalangan penyokong tegar Pakatan Rakyat pun ramai kakitangan kerajaan, mahasiswa atau golongan yang berkepentingan. Mereka benarbenar tidak berani sewaktu diugut dahulu dan berani kini setelah tiada tekanan. Jika kumpulan mereka lebih besar maka himpunan Bersih 3.0 akan jadi lebih besar kali ini.
Teori kedua ialah BN sengaja membiarkan himpunan berlangsung tanpa gangguan, tanpa belasahan cota, gas pemedih mata atau tembakan meriam air.
[ Untuk baca artikel penuh sila dapatkan Harakah cetak edisi 1737 (Jumaat) ]
Sumber: e-Harakah (Harakah cetak versi online)
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis