Dalam dunia perhubungan yang cukup canggih sekarang ni alasan tak cukup masa untuk bagitau perubahan tempat bunyi sedikit lawak pasai tak berapa nak logik.
Apalah sangat kalau takat nak bagitau perubahan tempat dari Dataran Merdeka ke Staduim Merdeka contohnya. Tak payah 2 hari, dua jam pun dah lebih dari cukup.
Tapi bila diingat balik yang janji nak bagi guna stadium tu dibuat oleh orang yang dilantik oleh Umno, memang patut sangat Ambiga dan A Samad Said untuk bersangka buruk, memang tak mustahil tiba-tiba depa-depa tu boleh buat aksi ala 'si anjing Umno'.
Contohnya kalau penganjur BERS✔H 3.0 setuju ubah tempat ke Stadium Merdeka, belum tentu lagi boleh buat himpunan kat situ pasainya Stadium Merdeka tu bukannya di bawah pengurusan DBKL dan tak mustahil lepas ni Perbadanan Stadium Merdeka yang menguruskan Stadium Merdeka main wayang macam lain pulak.
Apa sangat kalau setakat Datuk Bandar punya janji, sedangkan janji Najib untuk bagi Stadium Merdeka masa himpunan BERS✔H 2.0 dulu pun tak boleh pakai, konon pasai pihak polis tak bagi. Apa jaminan pihak polis boleh bagi kebenaran kali ni.
Kalau ada mana-mana pihak main wayang di saat akhir, memang tepat sekali macam alasan yang poenganjur BERS✔H 3.0 bagi, memang kompom tak cukup masa, dan bila difikirkan yang semua episod cadangan perubahan tempat himpunan tu memang mainan Umno, aku cukup yakin akan ada pihak yang akan main wayang di saat akhir..
Apapun, aku sebenarnya tak peduli pun apa alasan yang penganjur BERS✔H 3.0 bagi, yang pentingnya lokasi himpunan tu tak berubah dan TETAP di Dataran Merdeka.
Dan kalau la penganjur BERS✔H 3.0 tiba-tiba jadi BANGANG setuju ubah lokasi himpunan tu ke stadium, aku tetap akan cuba jugak ke Dataran Merdeka dan aku yakin aku takkan keseorangan.
Aku cukup yakin ramai yang akan tetap cuba jugak untuk berhimpun di Dataran Merdeka walaupun terpaksa berhadapan dengan FRU yang tentunya lengkap dengan water canon dan pasukan penembak gan
Walaupun cuma sekadar boleh nampak nampak dari jauh tiang bendera tinggi di Dataran Merdeka tu...
Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis