Bersih 3.0: Jalan terakhir menuju demokrasi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, April 28, 2012

Bersih 3.0: Jalan terakhir menuju demokrasi

Oleh Kim Quek.

Pindaan pada saat-saat akhir ke atas undang-undang pilihanraya pada hari terakhir sesi parlimen yang berlarutan hingga awal jam 3.21 pagi 20 April lalu secara praktisnya berjaya mengekang percubaan Pakatan Rakyat untuk mendedahkan kepincangan demi kepincangan yang terus berlaku.

Di antara pindaan terhadap Akta Kesalahan Piihanraya 1954 ialah membatalkan hak calon dan wakilnya untuk hadir bagi mengawal selia pendaftaran para pengundi di tempat mengundi pada hari mengundi (dengan menghapuskan Seksyen 26A(1) dan (2).

Secara logis, tanpa adanya peluang untuk melihat kad pengenalan para pengundi, bagaimana boleh seseorang calon mengecam pengundi hantu?Pindaan pada saat-saat akhir ke atas undang-undang pilihanraya pada hari terakhir sesi parlimen yang berlarutan hingga awal jam 3.21 pagi 20 April lalu secara praktisnya berjaya mengekang percubaan Pakatan Rakyat untuk mendedahkan kepincangan demi kepincangan yang terus berlaku.
Di antara pindaan terhadap Akta Kesalahan Piihanraya 1954 ialah membatalkan hak calon dan wakilnya untuk hadir bagi mengawal selia pendaftaran para pengundi di tempat mengundi pada hari mengundi (dengan menghapuskan Seksyen 26A(1) dan (2).

Secara logis, tanpa adanya peluang untuk melihat kad pengenalan para pengundi, bagaimana boleh seseorang calon mengecam pengundi hantu?
Dalam senarai pemilih yang penuh dijangkiti oleh kuman pengundi hantu, tidakkah langkah Barisan Nasional (BN) ini membuka pintu kepada perlakuan kepincangan dengan berleluasa.

Dan tidakkah langkah ini bermakna pengenalan dakwat kekal, satu-satunya reformasi yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dan enam bulan mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) bagi menambaik sistem pilihanraya menjadi sia-sia?

Apa sebab pindaan ini dibuat? Kata BN, kehadiran wakil calon “akan menyusahkan” pegawai-pegawai pilihanraya. Apabila ditanya ada atau tidak laporan mengenai perkara ini, BN tidak dapat membuktikannya.

Rompak di siang hari

Tidakkah kita lihat bahawa liciknya tindakan BN ini umpama rompak di siang hari? Tidakkah ini membuktikan maruah BN sudah tercemar dan jatuh sebegitu rendah sehingga mereka terpaksa melakukan tindakan-tindakan yang memalukan ini?

Satu lagi pindaan yang selari dengan hasrat BN untuk “mencuri kemenangan” pada pilihanraya kali ini ialah dengan menghapuskan syarat mencetak nama pencetak dan penerbit di atas semua bahan-bahan bercetak dengan menghapuskan Seksyen 11(1)(c).

Dalam sebuah negara di mana kita melihat betapa permainan politik semakin kotor dan hina dengan wujudnya penulis-penulis blog upahan BN dan penyebaran bahan-bahan porno secara meluas, hanya bertujuan untuk memfitnah pemimpin-pemimpin pembangkang.

Dengan mengecualikan syarat tidak perlu mencetak nama pencetak dan penerbit bermakna memberi jalan kepada mereka untuk membuat apa yang mereka suka.

Ya, kelonggaran terhadap syarat ini meliputi kedua-dua belah pihak tetapi BN lebih mendapat manfaatnya kerana mereka kebal dari segi undang-undang sedangkan pembangkang tidak.

Dalam pada itu, inisiatif Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melakukan reformasi terhadap sistem pilihanraya dengan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) untuk menambahbaik sistem pilihanraya terbukti hanya gimik.

Ini terbukti pada sidang Parlimen ketika meminda undang-undang pilihanraya, tidak disentuh langsung cadangan kepada PSC supaya memberi akses kepada liputan media secara adil dan hak mengundi lebih awal berhubung sistem undi pos.

Inilah dua tuntutan utama Bersih 2.0 dari lapan tuntutan rakyat Malaysia agar sistem demokrasi dapat dipulihkan, bermula dengan pilihanraya yang bersih dan adil.

Daripada memenuhi tuntutan-tuntutan ini, sebaliknya BN undur ke belakang dengan membuat pindaan-pindaan bagi mengurangkan ketelusan dan menggalakkan berlakunya kempen yang kotor.

Hilang keyakinan terhadap SPR

BN harus sedar bahawa rakyat telah hilang keyakinan terhadap ketelusan dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana semakin berani memihak kepada BN secara terbuka.

Kredibiliti SPR diburukkan lagi dengan kenyataan Pesuruhjayanya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa beliau mempunyai senarai pemilih yang paling bersih di dunia.

Kenyataan beliau dianggap melucukan ketika banyak laporan dibuat berhubung penyelewengan dan penipuan dalam senarai pemilih timbul, terutama sejak beberapa bulan yang lalu.

Ini ditambah lagi dengan laporan dokumen penyelidikan yang mendedahkan bahawa beratus ribu dan kini terdapat lebih tiga juta pengundi ragu dalam senarai pemilih yang hanya berjumlah 12 juta.

Pengundi bukan pemastautin

Dalam satu sidang media pada 23 April lalu, Pengarah Projek Analisa Senarai Pemilih Pilihanraya Malaysia (Merap), Ong Kian Ming mendedahkan bahawa terdapat 3.1 juta pengundi bukan pemastautin.

Ini melanggar Artikel 119 (1) (b) Perlembagaan Persekutuan yang mencatatkan bahawa hanya pengundi bermastautin di negara ini sahaja yang layak mengundi.

Jumlah ini adalah selain dari beberapa ratus ribu pengundi ragu yang berdaftar dengan menggunakan berbagai bentuk kepincangan yang dilaporkan oleh Merap, kumpulan penyelidikan bebas itu sebelum ini.

Angka 3.1 juta ini ditemui di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang melancarkan Projek SPR pada tahun 2002 untuk mengenal pasti pengundi-pengundi di Semenanjung Malaysia di mana para pengundi mempunyai alamat pada kad pengenalan berbeza dengan alamat kawasan mengundi.

Tinjauan rambang Ong mengenai “pengundi-pengundi bukan pemastautin” menunjukkan ramai di kalangan mereka yang kekal status sebagai “bukan pemastautin” kerana SPR tidak berusaha untuk menyelesaikan masalah besar ini.

Melalui Projek SPR 2002, SPR memperkenalkan sistem baru di mana para pengundi tidak dibenarkan mengundi di kawasan mengundi yang mempunyai alamat yang berbeza dengan alamat yang tertera pada kad pengenalan mereka.

Keadaan menjadi semakin getir apabila Aziz membuat keputusan tidak mahu membetulkan senarai pemilih selepas membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai “senarai pemilih paling bersih di dunia.”

Tanpa siasatan secara menyeluruh berhubung senarai pemilih dan penafian hak calon dan wakil calon untuk mengawal selia proses pada hari mengundi serta tanpa melaksanakan sebarang tuntutan Bersih, maka apa peluang kita untuk menghalang berlakunya pilihanraya yang kotor?

Atas sebab inilah kenapa Himpunan Bersih 3.0 yang kini telah menjadi acara global dengan demonstrasi diadakan serentak oleh rakyat Malaysia di 40 buah bandar di seluruh dunia menjadi acara yang penting.

Acara ini sangat penting untuk kita berusaha mengembalikan warisan demokrasi di samping menentukan nasib masa depan negara untuk kesejahteraan hidup beberapa generasi yang datang.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...