Amaran Tsumani: Tolong jangan sebarkan berita tak saheh | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 11, 2012

Amaran Tsumani: Tolong jangan sebarkan berita tak saheh

Petang tadi memang terasa sungguh gegaran yang aku rasa tak kurang dua minit. Kuat tak kuatnya laptop depan aku pun bergoyang sampai satu ketika nak tekan keyboard pun payah.

Rupa-rupanya memang betul ada gempabumi. MediaPerak.com melaporkan:
Satu gegaran kuat hasil dari kejadian gempa bumi di Utara Sumatera berlaku disepanjang pesisr pantai barat Malaysia sebentar tadi.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh USGS, (boleh baca laporan disini), Gempa bumi tersebut berlaku kira-kira 434km ketenggara dari Banda Aceh ataupun 963km dari Kuala Lumpur.

Gegaran berukuran 8.7 pada skala richter itu berkemungkinan akan menyebabkan tindakan susulan. - MediaPerak.com  
Kawasan di mana gempa bumi berlaku. 
Lebih kurang setengah jam lepas tu, hendset aku bertubi-tubi masuk mesej dengan macam-macam maklumat. Ada yang macam boleh percaya dan ada jugak yang bunyi macam langsung tak logik.

Sampai ada text yang sampai kat aku tertulis "anak menakan aku bagitau dah ada bangunan yang runtuh".

Macam biasa, aku malas sangat nak layan mesej text ni kecuali kalau perawi yang hantar tu aku percaya. Maksud aku orang yang hantar tu memang terbukti selama ni memang tak sebarkan maklumat kecuali dia dah pastikan maklumat tu memang berautoriti.

Macam tu jugak dalam Facebook, macam-macam gambar keluar, macam-macam video keluar.

Aku nak ingatkan kita supaya jangan sampai kita jadi tukang sebar maklumat yang salah. Mungkin tujuan kita baik tapi pasai silap kita sebarkan maklumat yang salah, mungkin ada pihak yang 'terkena' pasai maklumat tu.

Jadinya nasihat aku, dalam keadaan macam ni, janganla sekali-kali sebarkan maklumat kecuali maklumat yang berautoriti. Maksud aku maklumat tu kita dapat 'firsthand' dari pihak-pihak yang berautoriti macam Jabatan Meteorologi, polis, bomba dan yang berkaitan.

Lagi satu, dalam masa macam ni, penyokong Pakatan Rakyat yang selama ni memang langsung tak percaya kepada berita TV, kali ni tolong la percaya sekurang-kurangnya berkenaan amaran atau nasihat (berkenaan tsunami) dari TV terutamanya TV1 pasainya amaran atau nasihat tu memang berautoriti.

Lagi satu, kalau nak maklumat lanjut tolong dapatkan terus dari pihak yang berautoriti contohnya Jabatan Meteorologi.

Kat bawah ni contoh video dari perawi yang boleh dipercayai.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...