Rakyat tetap nak himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, April 11, 2012

Rakyat tetap nak himpunan BERSIH 3.0 di Dataran Merdeka?

Sebelum ni bila mula di war-warkan yang BERS✔H 3.0 akan diadakan pada 28 April di Dataran Merdeka, Nazri Aziz menteri Dalam Negeri paling awal komen. Dia kata Himpunan BERS✔H 3.0 tak boleh dibuat di Dataran merdeka pasai Dataran Merdeka tak digezetkan sebagai tempat perhimpunan aman.

Aku tak pernah dengar pulak sebelum ni ada tempat yang dah diwartakan sebagai tempat perhimpunan aman. Hari ni tiba-tiba nazri Aziz boleh pulak suruh mintak izin dari 'pemilik' Dataran Merdeka. Nazri Aziz ni bukannya boleh percaya cakap dia, ikut suka dia ja nak cakap apa pun.

Semalam Hishamuddin Hussein dah keluarkan kenyataan yang kerajaan benarkan Himpunan Bersih 3.0 diadakan.Dia kata kebenaran tu selaras dengan akta mengenai perhimpunan aman yang diluluskan oleh parlimen sebelum ni.

Apa pun, aku harap walau apa pun yang terjadi, himpunan  BERS✔H 3.0  tetap akan diadakan di Dataran Merdeka.
Aku yakin cukup ramai rakyat Malaysia sekarang ni yang dah lama tak puas hati dengan kerja CELAKA 'si anjing Umno' termasuk yang ada dalam SPR dan JPN yang langsung tak takut walaupun terpaksa sekali lagi berdepan dengan FRU yang lengkap dengan water canon dan gas pemedih mata penyesak dada.

Malaysiakini melaporkan:
Kerajaan tiada masalah membenarkan perhimpunan BERSIH 3.0 dilangsungkan seperti dirancang selagi penganjur mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011 dan tidak menimbulkan sebarang gangguan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, atas semangat akta yang baru digubal itu, kerajaan tidak akan melarangnya.

Ditanya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini, Hishammuddin berkata kumpulan itu boleh berhimpun tetapi tidak boleh menyusahkan orang awam atau menjejas ketenteraman awam.

Ditanya sekiranya penganjur boleh menggunakan Dataran Merdeka sebagai lokasi perhimpunan, Hishammuddin bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas.

Sebaliknya, beliau berkata penganjur perlu berbincang dengan polis dan mencari lokasi lain supaya tidak menjejaskan orang awam. - Mkini.
Dipihak polis pulak, sampai hari ni belum ada lagi kut komen pasai himpunan Bersih 3.0 tu. Yang ada pun macam yang dilaporkan Malaysiakini:
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh hari ini enggan mengulas berhubung perhimpunan "duduk bantah" di Dataran Merdeka pada 28 April ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil.

"Saya tidak akan buat apa-apa komen. Belum sampai masanya. Saya akan komen bila masa sepatutnya," katanya selepas menghadiri perhimpunan bulanan polis di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga enggan mendedahkan butiran persediaan polis bagi menghadapi perhimpunan itu. - Mkini.
Hari ni MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, April 11— Bersih 2.0 hari ini berkata, pihaknya akan menerima nasihat Putrajaya supaya mendapatkan kebenaran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan penganjuran perhimpunannya yang dijadualkan 28 April ini.

Namun begitu, pengerusi pemerhati pilihan raya itu, Datuk Ambiga Sreenavasan, menegaskan kepada The Malaysian Insider, permohonan permit berkenaan perhimpunan itu hanyalah formaliti kerana Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hisahmuddin Hussein semalam sudah berkata perhimpunan itu boleh dilaksanakan.

“Pada saya, kami sebenarnya sudahpun mendapat kebenara,” katanya yang dihubungi hari ini. “Sepanjang pengetahuan kami, kami sudah mendapat lampu hijau daripada kerajaan dan persutujuan DBKL hanyalah sebagai formaliti.”

Ambiga (gambar), yang ditahan tahun lalu ketika perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai menambah, apabila kerajaan sudah memberikan kebenaran, pihak berkuasa tempatan sepatutnya secara automatik turut memberikan kebenaran.

“Bagaimanapun, kami akan menghubungi DBKL seperti yang diarahkan,” katanya.

Namun, bekas Pengerusi Majlis Peguam itu turut meletakkan harapan cadangan bertemu dengan DBKL sepertimana arahan daripada Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semalam, bukanlah cubaan kerajaan untuk menyelesaikan isu itu.

Sekiranya pentadbiran Najib ikhlas dan tidak membantah perhimpunan itu, perhimpunan ketiga Bersih menuntut pilihan raya adil dan bersih, seharusnya tidak mendapat bantahan daripada mana-mana pihak, termasuk DBKL, katanya.

“Kami tidak mahu sejarah kembali berulang seperti masa lalu,” katanya.

Tambah Ambiga Bersih 2.0 sudah menyemak jadual Dataran Merdeka dan pada tarikh 28 April tersebut tiada sebarang aktiviti melibatkan penggunaan dataran berkenaan.

“Dataran Merdeka kosong pada hari dan masa itu,” katanya.

Dalam kenyataan berasingan kepada media semalam, Hishammuddin dan Nazri telah memberikan kebenaran kepada “Bersih 3.0”, sekiranya mereka memilih Dataran Merdeka sebagai tempat perhimpunan itu selesai. - TMI.
Yang dah tak sabar-sabar nak rasa semburan air kimia dan gas pemedih mata penyesak dada elok layan dulu video kat bawah ni.

[Sumber imej: ForBlogger]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...