Sebagai seorang Najib, berani bincang pun dah kira cukup dahsyat | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 06, 2012

Sebagai seorang Najib, berani bincang pun dah kira cukup dahsyat

Sebagai seorang anak bekas Perdana Menteri yang tak pernah hidup susah, yang bukan saja mewarsi harta bapak dia, tapi juga mewarisi legasi politik tanpa perlu bersusah payah, keberanian najib untuk 'berbincang' pun sebenarnya dah boleh dikira sebagai cukup hebat.

Dalam politik Najib sebenarnya tak pernah susah. Sebagai anak bekas Perdana Menteri yang meninggal dunia masa sedang berkhidmat, laluan politik Najib cukup mudah.

Dia mula jadi ahli parlimen bila menang pilihanraya kecil, lebih kepada 'mewarisi' kerusi arwah bapak dia.

Pilihanraya umum selepas tu bertanding kerusi Dun dan Dr Mahathir pilih dia jadi Menteri Besar Pahang sebab bekas menteri besar ada masalah dengan sultan, pasai dia 'orang istana'.  
Menang jawatan naib Ketua Pemuda tanpa bertanding bila Mokhtar Hashim kosongkan jawatan dan kemudiannya dianugerahkan jawatan Ketua Pemuda bila Umno (baru) ditubuhkan selepas Umno yang asal diharamkan.

Lepas tu pulak menang mudah jawatan Naib Presiden pasai dia bersama Team Wawasan yang Anwar jadi kepala untuk singkirkan Ghafar Baba.

Kemudiannya Paklah lantik dia jadi Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri atas 'arahan' Dr. Mahathir, bekas PM dalam 'perjanjian peralihan kuasa' antara Mahathir dan Paklah, walaupun kalau nak ikut, Muhyidin Yasin lebih kanan.

Akhirnya sebagai timbalan, dia ambil alih jawatan Presiden Umno dan sekaligus jawatan Perdana Menteri bila Paklah 'dipaksa' berundur diri.

Dengan realiti pemimpin politik yang naik macam tu, berani 'berbincang' pun dah boleh dikira cukup hebat sebenarnya.

Pasai tu la kut Ahmad Mazlan, Ketua Penerangan Umno puji kesediaan Najib untuk 'berbincang' tu sebagai 'serlah sifat pemimpin berani'.

mStar melaporkan:
[Sumber: mStar]
Cuma yang lawaknya, mula-mula berani berdebat tiba-tiba boleh tukar jadi berbincang. Dah la sebelum tu berani berdebat dengan orang yang 'berfikiran munasabah' saja.

Semalam Malaysiakini petik laporan bernama:
[Sumber: Mkini]
Nota Editor: Bernama pada jam 9.25 malam memohon menukar perkataan 'berdebat' kepada 'berbincang' pada tajuk dan keseluruhan berita. - Mkini
Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...