Kalau tak betul Phahrolrazi patut saman Berita Harian | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Mac 06, 2012

Kalau tak betul Phahrolrazi patut saman Berita Harian

Tah mana depa dapat sumber tak pasti tapi memang ada media yang laporkan Jawatan Kuasa Pemandu yang akan PAS Pusat tubuhkan tu macam ada kuasa mengatasi kuasa MB dan Exco.

Kalau betul macam yang depa dakwa tu, maknanya memang betul la andaian sesetengah pihak yang Ust Azizan akan jadi Menteri Besar boneka pasai semua keputusan akan dibuat oleh jawatankuasa pemandu atau pun setengah yang lain pulak kata jawatankuasa tu boleh keputusan kalau jawatankuasa tu tak setuju.

Padahal yang sebenarnya tak macam tu. Pasai tu la Cikgu PA, Setiausaha Agung PAS terpaksa keluarkan satu kenyataan media untuk betulkan balik salah faham tu.

Cuma yang aku sikit mushkil, adakah media berkenaan yang pandai-pandai sendiri buat rumusan macam tu atau pun memang depa dapat maklumat macam tu.
Contohnya laporan Bharian, memang jelas disebut Jawatan Kuasa tu ada 'kuasa pemutus tertinggi'
[Sumber: Bharian]
Kalau baca laporan tu, nampak macam Phahrolrazi yang bagi statement macam tu. Takkan kut Phahrolrazi pun tak faham fungsi dan kuasa Jawatan kuasa Pemandu tu.

Ataupun mungkin jugak Phahrolrazi tak sebut macam tu pun tapi wartawan BHarian tu yang pandai-pandai tulis macam tu. Kalau dia tak kata macam tu, Phahrolrazi patut saman Bharian.

Apa pun kat bawah ni rupa Kenyataan Media oleh Setiausaha Agong PAS, Cikgu Pa.
KENYATAAN MEDIA

Saya kesal dengan laporan sesetengah media hari ini ekoran pengumuman pembentukan jawatankuasa pemandu semalamn. Ia berlaku samada kerana tidak faham atau sengaja memutar belitkan fungsi sebenar jawatankuasa pemandu ini.

Ini kerana kuasa tertinggi disesebuah negeri adalah Majlis Mesyuarat Kerajaan atau exco yang dipengerusikan menteri besar atau ketua menteri manakala di peringkat pusat pula Jamaah Menteri atau kebinet yang dipengerusikan Perdana Menteri.

Tiada jawatankuasa apapun yang boleh mengatasi kuasa exco dan kabinet.

Oleh itu, penubuhan jawatankuasa pemandu ini tiada kaitan untuk ambilalih kuasa menteri besar dan sememangnya tiada kuasa untuk campur tangan pentadbiran negeri.

Ia hanya bersifat advisery (penasihat) dalam hal-hal yang perlukan pandangan pimpinan berkaitan dengan perancangan dan program yang dibuat.

Jawatankuasa pemandu ini juga bukan khusus untuk menasihati individu tertentu dalam pentadbirannya tetapi kepada semua yang memerlukan pandangan pimpinan parti.

Contohnya PAS telah mula menubuhkan jawatankuasa pemandu ini pada tahun 1990 apabila PAS menang semula di Kelantan.

Saya ketika itu dilantik sebagai salah seorang anggota jawatankuasa pemandu ini dan tugas kami hanyalah menjadi jawatankuasa penasihat untuk kerajaan negeri sahaja.

Selepas itu, ia terus kekal untuk negeri yang dimenangi PAS dalam pilihan raya umum 1999 dan 2008. Tetapi apabila keadaan sudah stabil, kita tidak meneruskan peranan ini.

Kini kita hidupkan kembali apabila ia ada keperluan untuk memberikan pandangan dan nasihat kepada pimpinan kerajaan negeri.

Oleh itu tidak seharusnya berbangkit tafsiran salah tentang fungsi jawatankuasa pemandu ini dan kita harap semua pihak memahami soal ini.

PAS akan bermesyuarat pada 12 Mac ini untuk membuat perlantikan anggota jawatankuasa pemandu ini.

Datuk Mustafa Ali
Setiausaha Agung PAS
Sumber- Hrkh.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...