Rais Yatim yang sebelum ini mengutuk Blogger pun dah buat Konvensyen Blogger Umno dan siap buat kenyataan.. "Social Media A Game Changer in PRU 13".
Bukan takat tu saja, Unit Media Baru Umno dah buat retreat di Janda Baik untuk menyusun strategi macam mana nak menghadapi PRU 13 nanti.
Kita dah buat apa?
Kamon la. Dalam setiap pilihanraya, setiap calon akan membelanjakan puluhan ribu ringgit untuk poster, banner, bendera, ceramah… tak kan la untuk persiapan untuk media baru ni dua tiga ribu pun tak mampu?
Kalau setiap parti yang bertanding di Perak mengumpul seribu ringgit untuk setiap Parlimen..dah ada 24 ribu. Tak cukup ka?Aku cuma salin tampal sebahagian saja, nak baca versi penuh kena la bukak Malaysiatimes. Jangan lupa baca komen artikel tu sama, tengok macam dah ada yang berani sumbang sorang RM1k.
Kalau bagi kat TV Selangor memang la tak cukup sebab gaji CEO pun dah puluh ribu. Tapi kalau bagi kat blogger-blogger yang selama ini buat kerja secara free..gunakan duit itu untuk membangunkan sistem penyebaran maklumat semasa pilihanraya..aku rasa lebih dari cukup.
Amacam? Dalam posting yang lalu, Mustapha ada buat komen.
Nak tubuh team bukan la satu kerja teruk. Dulu pun masa Perak jatuh ketangan perampas pun kta buat team dalam masa satu hari saja. Tapi kalau semuanya suruh kita berkorban..teruk la.
Kalau perbelanjaan untuk satu parlimen katakanlah RM50,000..apakah tak boleh diasingkan RM2,000 untuk media baru? Kalau sanggup..esok aku boleh buat team. - MSK.
Apamacam? Ada berani?
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis