Baru-baru ini politik di Malaysia adalah menjadi semakin kasar dan kesat termasuk di dalam Dewan yang mulia ini di mana fitnah dan dusta disebarkan tanpa conscience and compunction.
Dalam mesyuarat Parlimen ini dan yang lepas, dusta dan fitnah yang paling keji dan tidak bertanggungjawab telah dilontarkan terhadap saya. Menuduh saya sebagai pencetus peristiwa 13 Mei pada tahun 1969.
Selama empat dekad ini, pihak polis, pasukan keselamatan dan kerajaan, kita tidak dapat menentukan siapa sebenarnya yang mencetuskan rusuhan 13 Mei 1969. Akan tetapi tiba-tiba sahaja ada orang tahu siapa yang mencetuskan rusuhan 13 Mei dan saya telah didusta di Dewan ini sebagai orang yang mencetuskan rusuhan 13 Mei menerusi slogan-slogan paling racist di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969.
Hasilnya semua dusta dan kepalsuan bahawa saya telah mencetuskan rusuhan 13 Mei khasnya di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969 telah disiarkan secara berleluasa di blogblog kumpulan Cyber Trooper UMNO.
Pada hakikatnya saya tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei 1969. Semasa itu saya bertanding di Bandar Melaka dan berada di pusat pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11 Mei 1969 kerana menunggu keputusan dan hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling Jaya pada 11 Mei 1969.
Pada hari Isnin seterusnya iaitu 12 Mei, saya pulang ke Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi di perarakan, berterima kasih kepada pengundi-pengundi pada petang dan menghadiri satu rapat umum, berterima kasih kepada pengundi pada malamnya. Kedua-dua acara telah berlangsung secara aman.
Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969 yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum serta berterima kasih kepada pengundi-pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13 Mei untuk membantu dalam kempen pilihan raya calon-calon bebas di situ. Ini kerana pada masa itu hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di Semenanjung.
Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13 Mei, barulah saya terima berita bahawa huru-hara 13 Mei telah berlaku di Kuala Lumpur.
Menuduh saya sebagai menghasut dan mencetus rusuhan 13 Mei menerusi ungkapan-ungkapan perkauman yang kesat di jalan-jalan di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13 Mei adalah fitnah dan dusta belaka yang paling tidak bertanggungjawab dan keji sekali.
Sebenarnya dalam ucapan pertama saya di Parlimen pada 23 Februari 1971 setelah saya dibebaskan dari tahanan ISA pertama saya, serta setelah Parlimen dipulihkan semasa membahaskan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1971, saya telah menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen yang keahlian termasuk wakil-wakil bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-masing untuk antara lain mengenal pasti punca rusuhan 13 Mei. Saya membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan 13 Mei di masa hadapan dan menghentikan masalah polarisasi kaum di Malaysia.
Berikut adalah apa yang telah saya katakan dalam bulan Julai 1969 semasa menjawab membalas penahanan saya di bawah ISA dan saya pasti rekod ini masih disimpan di dalam archive Kementerian Dalam Negeri.
Saya petik,
"My every public statement and stand was motivated by my sense of Malaysian nationalism and patriotism. I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia. I have no other land as my home. I have children who are growingup in Malaysia and who are going to live in Malaysia. I fell it is my duty to do my part to build a multi-racial and harmonious Malaysia for, without such a society, all Malaysians will suffer."
"I believe that the policy followed by the Alliance is not producing or generating a sense of Malaysian consciousness and identity transcending all racial language and cultural differences. I believe that the only formula to build a Malaysian nation is to give every Malaysian regardless of his race, language or culture, a stake in the political, economic, social and cultural development of the country, where no group feels that it is being discriminated against on racial, cultural, language or religious grounds. It is this philosophy which guided all my public actions and utterances."
Ini merupakan kenyataan saya, sayang, love, setia, komitmen, nasionalisme, patriotisme saya semasa saya masih berusia 28 tahun. Saya bangga berkata bahawa saya berpegang teguh kepada kenyataan ini sampai sekarang...
[Tepuk] Anak-anak saya semuanya berada di Malaysia menyumbang kepada pembangunan Malaysia yang moden, progresif, berdaya saing, demokratik dan adil.
Pilihan raya umum yang seterusnya akan merupakan satu ujian yang terbesar buat Malaysia. Menguji sama ada kita berdaya menjadi sebuah negara demokratik yang biasa. Di mana semua rakyat Malaysia menikmati hak dan kuasa untuk melaksanakan peralihan kuasa dan kerajaan menerusi peti undi.
Saya menjemput Yang Amat Berhormat Perdana Menteri serta semua pemimpin Barisan Nasional supaya menyertai usaha Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa kita semuanya nasionalis dan patriotik Malaysia yang berupaya bekerjasama dengan menubuhkan sebuah suruhanjaya bersama untuk memastikan bahawa PRU-13 ini akan merupakan pilihan raya yang paling bersih, bebas dan adil di sejarah Malaysia ini. Sementara membuktikan kepada masyarakat sedunia serta diri kita sendiri bahawa kita telah muncul sebagai sebuah negara demokratik yang biasa.
Tuan Yang di-Pertua, baru-baru ini Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ada memohon maaf oleh kerana kesilapan-kesilapan Barisan Nasional di masa lampau.
Akan tetapi sampai sekarang tidak tahulah apa kesilapan-kesilapan yang beliau minta maaf dan tidak boleh dipertikaikan bahawa beliau semasa 35 bulan sebagai Perdana Menteri ada membuat banyak kesilapan.
Antaranya ialah bahawa kegagalan untuk memulihkan keyakinan orang ramai terhadap keberkesanan, kebebasan dan profesionalisme institusi-institusi utama negara sama ada pihak kehakiman, polis, kamar Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan sebagainya.
Keengganan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri untuk menubuhkan satu judicial tribunaluntuk menyiasat dakwaan serius yang dibuat oleh bekas pegawai polis peringkat tertinggi termasuk bekas pengarah CCID, Datuk Ramli Yusuff, bekas pengarah CID Kuala Lumpur Datuk Mat Zain mengenai salah guna kuasa, subversion of the rule of law, perversion of the court of justice semua tuduhannya sangat serius yang ditujukan kepada Peguam Negara Tan Sri Gani Patail dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sampai kepada pemalsuan publication of evidence dalam insiden mata lebam Dato' Seri Anwar Ibrahim, perbicaraan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, usaha menyelamatkan Tajuddin Ramli dari MAS serta maklumat terkini mengenai kes lima tahun yang ganjil yang kononnya melibatkan pegawai-pegawai paling berkuasa di negara ini Peguam Negara serta seorang ketua penjenayah yang mengaitkan juga Timbalan Menteri masa itu Timbalan Menteri Dalam Negeri Dato' Wira Mohd. Johari bin Baharum telah membangkitkan pelbagai persoalan mengenai komitmen Yang Amat Berhormat Perdana Menteri terhadap kedaulatan undang-undang.
Adakah Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan terus mengelakkan dari mengambil satu pendirian sungguhpun dakwaan-dakwaan ini amat serius dan mendakwa bahawa pegawai-pegawai undang-undang dan polis tertinggi the chief legal and police officer of the land iaitu Peguam Negara dan Ketua Polis Negara masa itu merupakan penjenayah, the Chief Legal Officer of the land, the chief Police Officer of the land were criminals of the country, were themselves criminals, merupakan penjenayah?
Hanya baru-baru ini dan Peguam Negara yang sama masih berada di jawatannya dan saya harap bahawa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri akan datang untuk menjawab tuduhan yang begitu serius yang memberi kesan yang tidak baik untuk imej negara ini. Ini yang mustahak kalau kita mahu mengelakkan kesilapan-kesilapan yang lampau kita perlulah memulakan dengan bab yang baru.
Sekian, terima kasih
Ucapan Lim Kit Siang macam dalam Hansad Parlimen pada 22 Mac 2012.
Komen aku:
Hangpa perasan dak, ucapan Lim Kit Siang ni takdak gangguan langsung kecuali [Tepuk]. Kalau ada sapa-sapa menyampuk contohnya, dalam Hansad akan ada tercatit.
Yang aku herannya mana pi 'pejuang bangsa' macam Zul Kulim yang sebelum ni lantang tuduh Kit Siang yang mencetus rusuhan 13 Mei tu?
Berkaitan
I was born in Malaysia and I shall die in Malaysia
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis