Ahli Jawatankuasa Pemandu dari pelbagai latarbelakang kepakaran | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Mac 12, 2012

Ahli Jawatankuasa Pemandu dari pelbagai latarbelakang kepakaran

Macam keputusan penyelesaian kemelut perlantikan Exco Kedah baru-baru ni yang buat keputusan PAS Pusat akan ujudkan jawatankuasa Pemandu untuk pantau pentedbiran negeri Kedah, hari ni mesyuarat AJK PAS Pusat dah menamakan 5 orang yang terlibat dalam jawatankuasa tu.

Jawatanjuasa pemandu tu akan diketuai oleh Ust Abdul Halim Abdul Rahman bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan yang juga Ahli Majlis Syura'.

Ahli lain yang dilantik adalah Dr. Mahfodz, Pesuruhjaya PAS Johor merangkap Ahli Majlis Syura'. Setiausaha Agung PAS Hj Mustafa Ali. Hj Asmuni Awi AJK PAS Pusat merangkap pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat dan Ahli Parlimen Tumpat, Kamaruddin Jaafar yang juga AJK PAS Pusat.
Kalau tengok kepada nama-nama jawatankuasa Pemandu tu, nampaknya dari pelbagai latarbelakang dari kalangan ulama' dan profesional.

Jawatankuasa Pemandu tu dilaporkan bukan saja akan pantau dan bagi nasihat kepada kerajaan negeri Kedah tapi juga kepada negeri-negeri lain di bawah Pakatan Rakyat.


Malaysiakini melaporkan:
[Sumber : Mkini]
Cumanya, macam aku tulis sebelum ni, selain dari memantau pentadbiran kerajaan negeri, yang lebih penting lagi adalah memantau 'pemain utama' dalam krisis di Kedah tu. Pasainya kalau tak dipantau betul-betul tak mustahil akan ada gerakan yang akan dibuat oleh golongan opportunist yang tak cukup puas hati dengan formula penyelesaian oleh PAS Pusat tu.

Aku harap lepas ni kalau timbul lagi masalah di Kedah, PAS Pusat takkan teragak-agak untuk gunakan Jawatankuasa Disiplin pulak.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...