Nazri Aziz kata jangan bimbang pasai isu pengundi meragukan | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Mac 30, 2012

Nazri Aziz kata jangan bimbang pasai isu pengundi meragukan

Malaysiakini melaporkan:
Masyarakat tidak perlu bimbang dengan kemungkinan warga asing didaftarkan sebagai pengundi atau kes pengundi meragukan, kerana proses pendaftaran memerlukan MyKad ditunjukkan, Parlimen diberitahu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata, di hari pengundian pula, jika pengundi gagal memberikan kad pengenalan mereka tidak akan dibenarkan terlibat membuang undi.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan untuk Jabatan Perdana Menteri dalam perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, menurut Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan yang hanya membenarkan rakyat Malaysia mengundi.

Terdapat 33 tahap semakan dalam sistem ALIS yang menghubungkan Jabatan Pendaftaran Negara dan sistem itu akan menolak pendaftaran daripada rakyat asing, kata Nazri menyentuh isu yang ditimbulkan anggota parlimen pembangkang. - Mkini.  
Yang bestnya dia siap bagitau ada 33 tahap semakan dalam ALIS. Konon nak bagitau betapa hebatnya tapisan nak halang warga asing dari didaftarkan.

Kalau betul sistem pendaftaran SPR dengan kerjasama JPN tu cukup ketat dan canggih, macamana boleh ujud pengundi klon sampai berpuluh ribu. Sedangkan SPR bagitau dah buat pembersihan daftar pemilih menggunakan sistem ALIS sejak tahuk 2002 lagi.

Isunya sekarang ni yang Pakatan Rakyat timbulkan, berapa ramai warga asing yang sebenarnya tak layak dapat taraf warganegara tapi dibagi MyKad semata-mata untuk bolehkan depa didaftarkan sebagai pengundi.

Contohnya kes 240 orang yang katanya di bawa ke sebuah resort untuk proses bagi MyKad dan didaftarkan sebagai pengundi, Ketua Polis Daerah Sepang Superintendan Imran Abdul Rahman boleh bagi komen "Maklumat yang kita peroleh menunjukkan semua warga asing itu berada di Desa Pinggiran Putra untuk menghadiri kursus keusahawanan."

Memang lah setakat ni tak dapat dibuktikan dakwaan warga asing dibagi MyKad semata-mata untuk boleh mengundi. Mana ada orang yang cukup bangang nak mengaku dan sanggup jadi saksi.

Tambah-tambah dalam keadaan PRU13 yang dikatakan sebagai pilihanraya hidup atau mati untuk Umno BN, tentu Umno BN sanggup buat apa saja untuk kekal berkuasa.

Kalau di Sabah dulu depa boleh bagi MyKad kepada warga asing supaya boleh didaftarkan sebagai pengundi untuk rampas Sabah balik dari PBS, takkan untuk pertahankan kerajaan pusat depa tak boleh buat.

Tambah-tambah pulak dalam Jabatan Pendaftaran Negara dan juga Suruhanjaya Pilihanraya tu ada ramai pegawai yang sanggup beraksi macam 'si anjing Umno' untuk pastikan Umno BN kekal berkuasa.

Berkaitan


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...