Bukan Islam jadi Timbalan Presiden PAS : Apa yang orang kampong faham? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Mac 01, 2012

Bukan Islam jadi Timbalan Presiden PAS : Apa yang orang kampong faham?

Macam yang aku tulis sebelum ni ulas kenyataan Dr. Dzulkifli Ahmad pasai PAS "bersedia terima jawatan Timbalan Presiden PAS daripada kalangan bukan Islam", aku memang harap sangat Dr. Dzul tulis bagi penjelasan pasai isu tu.

Memang agak panas polemik ni sampai tahap ada pemimpin PAS sendiri suruh Dr. Dzul tarik balik kenyataan dia. Sampai TG Nik Aziz pun terpaksa ulas sama, "sesiapa sahaja yang merupakan muslim yang soleh boleh memimpin PAS sekalipun bukan berbangsa Melayu."

Hari ni Dr. Dzul ulas pasai isu tu dalam blog dia dengan tajuk "Penjelasan Polemik Wacana Sinar Harian". Aku malas nak salin tampal apa yang Dr. Dzul tulis tu, nak baca pi baca kat blog dia.
Penjelasan Dr. Dzul tu pada aku memang memadai untuk orang yang jenis berfikiran terbuka dan mengikuti perkembangan PAS yang agak drastik sejak lebih 10 tahun lepas. Tapi bagi yang berfikiran agak tertutup ditambah pulak kenal PAS cuma dari kulit, penjelasan Dr. Dzul tu sebenarnya tak berapa membantu.

Macam aku tulis tadi aku malas nak salin tampal tapi aku nak petik sikit saja dari yang dia tulis tu, bukan penjelasan dia tapi mungkin cuma ‘side-dish’.
"Saya diingatkan supaya tulis penjelasan ini ringkas tetapi jelas. Biar orang kampong semua boleh faham. Saya cuba insyaAllah."
Persoalannya sekarang ni bukannya orang kampung semua boleh faham atau tak tapi yang lebih utama berapa ramai orang kampung yang ada akses untuk baca penjelasan Dr. Dzul tu. Dari yang ada akses tu berapa ramai pulak yang baca. Dari yang baca tu baru boleh tanya berapa ramai yang faham.

Berbanding dengan yang baca isu ni dalam media Umno, yang dengar isu ni dari media elektronik penchachai Umno dan juga yang baca dari media baru penjilat Umno aku yakin sikit sangat 'orang kampong' yang faham penjelasan Dr. Dzul tu.

Macam yang aku tulis sebelum ni:
Yang jelasnya cadangan Dr. Dzul tu takkan boleh menambah sokongan orang melayu Islam kepada PAS malah lebih ke arah mengurangkan sokongan orang melayu Islam kepada PAS. - Ibid.
Mungkin perkataan 'cadangan' tu kurang tepat tapi mungkin persepsi yang tertanam dalam kepala 'orang kampung', idea tu adalah idea Dr. Dzul, ahli parlimen dari PAS merangkap AJK PAS Pusat, merangkap Ketua Pegawai Penyelidikan PAS Pusat.

Macam yang Dr. Dzul tulis dalam penjelasan dia tu, aku harap semua pemimpin Pakatan Rakyat terutama sekali dari PAS boleh ambil iktibar dari polemik ni.
Satu perkara atau isu, yang awalnya ditanggapi isu sampingan atau ‘side-dish’ menjadi habuan utama atau ‘main meal’ bagi lawan politik atau pihak tertentu. - Ibid.
Satu perkara lagi, sebagai ahli politik nak kena sentiasa ingat, audiance hangpa adalah rakyat secara umum, tak kira di mana pun hangpa bercakap. Pasainya agen musuh atau 'pihak tertentu' ada di mana-mana dan depa takkan sia-siakan peluang kalau dapat 'bola tanggung' macam tu.



Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...