Depa kata depa bukannya nak pi kacau majlis tu, depa cuma nak pi makan. Takkan salah kut pasainya memang ada disediakan makan dalam program bersama Najib tu. Lagipun, Najib bukan turun sebagai Presiden Umno atau pengerusi BN tapi Najib turun sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Katanya 4 orang dari ahli rombongan tu dikasari 30 ke 40 orang yang pakai baju BN dan 1Malaysia.
Sungguh-sungguh Noh Omar nak bela para penchachai Umno tu. Dia kata tindakan kasar tu tak salah tapi yang rombongan 20 orang tu yang salah pasai kacau program bersama Najib tu.
Macam dilaporkan Malaysiakini:
[Sumber: Mkini] |
Kalau yang sekadar pi nak makan pun Noh Omar kata salah, dah tentu la yang sah-sah pi nak kacau program himpunan Hijau di Penang tu berpuluh kali ganda salah.
Puak-puak tu bukan setakat buat bising, maki hamun kat program himpunan tu tapi siap belasah orang sampai ada wartawan yang kena 8 jahitan pasai dibelasah.
Masalahnya, puak-puak celaka dalam Umno tu bukannya faham konsep kias. Pada depa kalau orang lain buat cepat ja depa kata salah tapi kalau puak-puak depa yang buat walau teruk mana sekali pun depa buat-buat tak nampak.
Tobat lahum Noh Omar berani nak kata Umno bersalah pasai ganggu program Himpunan Hijau kat Penang tu. Tobat lahum Noh Omar nak kata lagu tu.
Yang lebih celakanya, pihak polis yang sepatutnya menguatkuasakan undang-undang dan jaga ketenteraman awam pun macam tak reti buat kerja bila berdepan dengan karenah penchachai Umno.
Kalau tengok video kat bawah ni, budak sekolah pun tau tu aksi penchachai Umno @Perkasa.
Berkaitan
- Wartawan di Himpunan Hijau kena 8 jahitan - Malaysiakini
- 'Penyokong BN kasari kami di majlis Najib' - Malaysiakini
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis