Tah ada ka dak yang dia kata kajian ilmiah tu kita pun taktau. Tapi biasanya kalau kajian ilmiah tentu ada diterbitkan dimana-mana jurnal. Kalau tak pun diterbitkan tentu dihebahkan hasil kajian tu.
Tambah-tambah lagi kalau hasil kajian tu menunjukkan sokongan kepada Pakatan Rakyat berkurang tentu Umno BN tak terlalu bangang sampai nak sorok hasil kajian tu dari rakyat.
Tapi yang jelasnya apa yang berlaku sampai hari ni tak nampak pun bukti kata rakyat semakin meninggalkan Pakatan Rakyat. Kalau meninggalkan pembangkang mungkin betul macam di Selangor, Penang, Kedah dan kelantan yang Umno BN adalah pembangkang.
Tengok contoh krisis di Kedah baru ni yang dimainkan sungguh-sungguh oleh media penchachai. Kalau sapa yang bergantung kepada sumber media penchachai saja mungkin akan percaya kalau ada yang kata Kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah akan jatuh hancur lebur bila-bila masa.
Tapi krisis yang dikatakan cukup teruk tu pun, sampai hari ni takdak kita dengar ada ahli PAS yang istihar keluar parti pasai krisis tu. Mungkin krisis tu belum selesai sepenuhnya tapi bukan kata Hj Phahrolrazi atau Dr. Ismail nak keluar PAS, khabar angin depa nak keluar pun langsung tak ujud.
Pada aku tindakan Kadir Syeikh Fadzil 'beli insuran' yang bukan saja untuk diri dia tapi juga untuk keluarga Syeikh Fadzil tu sangat tepat. Kalau betul macam kata Ahmaad Mazlan yang rakyat semakin tinggalkan Pakatan Rakyat, dia tak rugi tara mana pasai harta yang dah dia ada pun tak habih makan, lagi pun dia masih ada kabel kuat melalui adik-adik dia.
Tapi kalau telahan dia tepat, dia bakal dapat durian runtuh. Pasainya selepas Soh Chee Weng dan Zaid Ibrahim tinggalkan PKR sapa lagi yang ada yang cukup banyak duit untuk jadi banker, secara terbuka pulak tu.
Malaysiakini melaporkan:
[Sumber: Mkini] |
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis