Dakwat kekal - konfirm PRU13 tak jadi bulan Mac | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Jumaat, Februari 10, 2012

Dakwat kekal - konfirm PRU13 tak jadi bulan Mac

Malaysiakini melaporkan:
Peraturan baru untuk melaksanakan penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya akan diwartakan Rabu depan, mewajibkan ia digunakan dalam pilihan raya umum akan datang.

Perkara itu diumumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pilihan Parlimen (PSC) bagi pembaharuan pilihan raya, Datuk Seri Maximus Ongkili (kanan).

"Ia akan diwartakan pada 15 Februari dan sedia untuk dilaksanakan," katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu petang ini.. - Mkini.   
Akhirnya selepas dibentangkan hujjah-hujah tak logik oleh Umno BN dan jugak SPR yang pasai apa dakwat kekal tak boleh diguna masa PRU12 walaupun SPR dah belanja berjuta ringgit untuk beli dakwat tu, setelah didesak dengan hebat terutama sekali melalui Himpunan BERSIH 2.0 Julai tahun lepas, akhirnya konfirm dakwat kekal akan diguna juga untuk PRU13.

Sekurang-kurangnya, Pakatan Rakyat dah boleh rasa lega sikit dengan kemungkinan penyelewengan undi melalui pengundian 2 kali oleh seorang pengundi yang mungkin tak boleh lagi dilakukan dengan adanya penggunaan dakwat kekal ni..

Apa pun, aku harap Pakatan Rakyat masih simpan sikit suuz-dzan atau bersangka buruk dengan keputusan SPR untuk gunakan dakwat kekal tu.

Antara benda yang perlu Pakatan Rakyat semak betul-betul, apakah dakwat kekal yang bakal digunakan nanti benar-benar 'kekal' dan diiktiraf diperingkat antarabangsa dan diakui oleh pakar-pakar kimia. Tak mustahil walaupun dipanggil dakwat kekal tapi ada bahan kimia yang boleh digunakan untuk hilangkan dakwat kekal tu.

Cumamya aku amat-amat berharap, takdak pemimpin Pakatan Rakyat yang akan fikir Himpunan BERSIH 3.0 tak perlu dilakukan pasai SPR dah terima tuntutan BERSIH 2.0 dupaya digunakan dakwat kekal ni. Banyak lagi tuntutan BERSIH 2.0 yang belum dilaksanakan.

Aku harap cadangan awal supaya diadakan Himpunan BERSIH 3.0 selepas pembubaran parlimen masih valid di dalam perancangan Jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat.

Apa pun, Malasiakini juga melaporkan:
Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke, yang merupakan salah seorang ahli jawatankuasa tersebut, memberitahu pemberita selepas sidang akhbar tersebut bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mula melatih kakitangannya menggunakan dakwat kekal mulai bulan Mac. - Ibid.
Maknanya, hampir pasti SPR takkan boleh adakan PRU13 dalam bulan Mac pasai untuk buat latihan kepada semua kakitangan yang akan bertugas masa hari mengundi di seluruh negara tu takkan boleh selesai dalam masa sebulan.

Kecuali la kalau Najib nak buat gila takmau jugak guna dakwat kekal masa PRU13 nanti.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...