Yang tak setuju, boleh ikut hasutan Hisham Rais | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Januari 07, 2012

Yang tak setuju, boleh ikut hasutan Hisham Rais


Hisham Rais Tukar Tiub
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengarahkan ahli dan penyokong agar mematuhi segala perjanjian yang telah dipersetujui bersama antara pihak penganjur dan polis ketika menyertai perhimpunan 901, Isnin ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) berkata, mereka perlu mematuhi semua arahan itu untuk mempastikan perhimpunan itu berjalan dengan lancar.

"Saya meminta semua ahli dan penyokong PAS yang menyertai perhimpunan agar mematuhi segala persetujuan yang telah dicapai antara Azmin (Ali) dengan polis semalam," katanya kepada Harakahdaily.

Azmin, Timbalan Presiden PKR, menemui polis semalam bagi membincangkan permohonan pihaknya untuk mengadakan perhimpunan bagi memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur esok. - Hrkh.
Malaysiakini dalam pada itu melaporkan:
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali hari ini berkata bahawa pihak polis tidak mengenakan sebarang syarat ketika mereka bersetuju membenarkan perhimpunan diadakan Isnin ini.

Oleh itu, katanya, parti itu tidak terikat dengan sekatan yang dikenakan oleh pihak berkuasa selepas persetujuan tersebut dicapai.

"Saya ingin menegaskan bahawa KEADILAN menerimapakai persetujuan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur, Dato' Mohamad Salleh yang dimuafakati dan diumumkan selepas mesyuarat bersama pada pagi Jumaat 6 Januari 2012.

"Persetujuan itu tidak menyentuh beberapa sekatan yang diumumkan kemudiannya oleh pihak PDRM," katanya dalam satu kenyataan. - Mkini.
Di bawah ni pulak hasutan oleh Hishamudin Rais aka TukarTiub





Ataupun, bagi yang berlainan minat, boleh joint PERKASA berqiamullail di masjid Wilayah. Kita bebas memilih dalam negara demokrasi.

Sumber video: ASD


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...