Pecat Hasan Ali, apa pulak reaksi pihak istana? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 08, 2012

Pecat Hasan Ali, apa pulak reaksi pihak istana?


Hasan Ali dipecat
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 8 Jan: PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali (gambar) sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

Setelah mempertimbangkan segala pandangan yang diberikan oleh ahli-ahli jawatankuasa PAS Pusat dalam mesyuarat yang diadakan pada hari ini, PAS Pusat telah membuat keputusan berdasarkan Fasal 82(9) iaitu memecat keahlian YB Dato’ Dr Hasan Mohd Ali sebagai ahli PAS berkuatkuasa serta merta.

Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan YB Dato’ Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan Parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan PAS.

Abdul Hadi Awang,
Presiden PAS - Hrkh.
Satu tindakan yang memang dialu-alukan oleh semua pihak dalam Pakatan Rakyat (kecuali mungkin ahli Umno yang memegang kad keahlian PAS kalau ada.)

Harap-harap takdak ahli PAS yang mempertikaikan keputusan tu dengan hujjah pasai apa Dr. Hasan Ali tak dibagi surat tunjuk sebab dulu sebelum dipecat, macam prosedur biasa yang selalu PAS gunakan sebelum memecat ahli, atas alasan amalan demokrasi dan hak untuk membela diri.








Kot mana pun, media penchachai United Malay National Organisation tentu punya akan spin tindakan ni. Spin la kut nama pun, PAS takkan terjejas, mungkin la ada sorang dua yang akan 'melompat' dengan keputusan ni tapi takkan ke mana.

Yang mungkin lebih menariknya, apa reaksi istana Selangor lepas ni. Pasainya MB Selangor Khalid Ibrahim tentu akan rombak anggota Exco negeri Selangor dan singkirkan Dr. Hasan Ali dan tindakan nak rombak Exco mesti mendapat perkenan sultan.

Apakah Dr. Hasan Ali yang dikatakan Exco kesayangan istana akan dibela oleh pihak istana dan kalau betul Dr. Hasan Ali adalah Exco kesayangan istana, setakat mana pihak istana sanggup nak bela.

Lebih cepat Khalid Ibrahim buat tindakan lebih bagus.

Cumanya, aku harap takdak pulak pimpinan PAS yang gatai-gatai nak 'mengajar' Khalid Ibrahim melalui media apa nak buat. Dalam keadaan kita sibuk marah pasai orang campurtangan perkara dalam kelambu kita, jangan pulak kita pun sibuk nak kacau kelambu orang.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...