Pasai apa pulak Rosmah perlu saman akhbar? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Ahad, Januari 22, 2012

Pasai apa pulak Rosmah perlu saman akhbar?


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Rakyat sedang menunggu apakah penjelasan Datin Seri Rosmah Mansor dan juga suaminya Datuk Seri Najib Razak terhadap laporan akhbar Australia semalam.

Semalam, akhbar Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan isteri Perdana Menteri itu berbelanja sehingga A$100,000 (RM325,000) di sebuah butik di Sydney dua minggu lalu.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar, jika sekali lagi akhbar Australia membuat laporan tidak benar mengenai tabiat berbelanja mewah Datin Seri Rosmah Mansor, maka satu tindakan undang-undang perlu diambil terhadap akhbar dan sumber berita akhbar tersebut.

"Jika Rosmah dan Najib enggan berbuat demikian, ia memberikan gambaran kepada rakyat bahawa apa yang dilaporkan itu betul seperti yang berlaku apabila Najib enggan mengambil tindakan undang-undang terhadap begitu banyak akhbar di serata dunia yang pernah mendakwa tentang kaitan beliau dengan kes Altantuya Shaariibuu.

"Kalau banyak kali sangat dilihat takut mengambil apa-apa tindakan undang-undang, rakyat akan percaya apa yang dilaporkan mengenai Najib dan keluarganya itu benar," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu. - Hrkh.
Gila apa takdak kerja pi cari kerja Rosmah nak sibuk-sibuk saman turun naik mahkamah.

Dia bukannya buat salah apa. Dia cuma jadi 'first lady'. Memang sandard la kalau 'first lady' beraksi macam tu. Lagi pun, dia cuma belanjakan dari peruntukan dia sebagai 'first lady'. Tak pun dia cuma guna duit toklaki dia. Toklaki dia ambik mana bukan masalah dia.

Kalau apa yang dia buat selama ni salah dah tentu la ada yang tegur dia macam Ketua Polis Negara ka. Peguam negara ka atau Pesuruhjaya SPRM ka. Kalau dia salah tentu depa-depa tu tegur. kalau depa-depa yang ada kuasa dan autoriti ni tak tegur maknanya, apa yang dia buat selama ni tak salah la.

Yang dok bising ni cuma puak-puak pembangkang. Nak heran apa dengan pembangkang ni, buat la apa pun depa memang tak pernah bersetuju.

Tambah-tambah pulak Jingga 13. Sapa Jingga13 ni? Macam la Rosmah nak heran... Hahaha...

Harakahdaily juga melaporkan:
KUALA LUMPUR, 22 Jan: Jingga 13 mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dari manakah wang yang digunakan oleh iateri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor ketika 'berbelanja mewah' di Australia.

Ianya merujuk kepada laporan dalam seksyen 'Private Sydney' yang disiarkan akhbar Australia Sydney Morning Herald semalam, di mana kolumnis Andrew Horney memetik kenyataan pereka fesyen, Carl Kapp mengenai Rosmah yang dikatakan membelanjakan A$100,000 (RM325,000) di butik milik beliau di Sydney.

Ketua Koordinatornya, Fariz Musa berkata, jumlah yang dilapor akhbar itu tidak termasuk berapa malam Rosmah dan Datuk Seri Najib Razak menginap di Hotel Darling , Sydney yang berharga RM65,100 semalam dan bayaran untuk parkir khas untuk limosin beliau.

"Di saat seluruh rakyat Malaysia berdepan dengan kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup , dalam keadaan rakyat berpendapatan rendah dan golongan miskin menderita untuk terus hidup , isteri Perdana Menteri membeli belah ratusan ribu ringgit.

"Dari manakah wang yang diperolehi oleh beliau boleh untuk berbelanja mewah sehingga di gelar 'FIRST LADY OF SHOPPING'," katanya yang menunutut siasatan segera SPRM. - Hrkh.
[Sumber imej: lensahp.blogspot.com]


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...