Malaysiakini melaporkan:
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan bahawa perkenan terlebih dahulu daripada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menentukan jawatan exco kerajaan negeri Datuk Hasan Ali yang telah dipecat oleh PAS.Bunyi macam nak lebih kurang sama masa nak lantik SUK baru hari tu ja. Mula-mula bunyi macam nak berkeras dengan pihak istana, nak guna kuasa 'menasihat'. Alih-alih terpaksa jugak terima keputusan Istana. Harap-harap kali ni tak jadi macam tu jugak.
khalid ibrahim pc 171111Ditemui wartawan hari ini selepas menghadiri kes perbicaraan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, Khalid berkata beliau akan menghadap dengan sultan pada mesyuaratnya dengan baginda pada Jumaat ini dan kedudukan Hasan akan dibincangkan.
Ditanya sama ada persetujuan baginda diperlukan untuk menyingkirkan Hasan, Khalid menafikan perkara itu dan berkata jawatan ini akan diputusan oleh PAS yang mempunyai kuasa menentukan siapa yang mahu dilantik mereka. - Mkini.
Katanya, masa episod perlantikan Kushrin dulu, Dr. Hasan Ali adalah Exco yang backing kuat. Tak mustahil kali ni Kushrin pulak main peranan dia backing Dr. Hasan Ali.
Kalau depa nak beraksi macam 'si anjing Umno' untuk berkhidmat kepada 'tuan' depa, depa tak perlu buat banyak. Depa cuma perlu buat setakat nak bagi nampak Kerajaan Selangor 'kurang ajar' dengan pihak istana pun dah cukup. Kalau dapat ujudkan situasai 'perang' lagi la ok.
Dengan kuasa yang ada pada depa memang depa sepatutnya berkemampuan nak ujudkan situasi macam tu.
Mungkin pasai tu kot, macam dilaporkan Harakahdaily Khalid berkata:
“Saya berpendapat beliau sebagai seorang ‘gengtleman’ perlu melepaskan jawatan ahli Exco secara sukarela kerana ini adalah untuk kebaikan beliau sendiri dan mereka yang terlibat,” kata Khalid. - Hrkh.Walaupun awalnya bunyi macam yakin tapi Khalid pun nampaknya tak berapa nak yakin dengan kemungkinan ujud permainan pihak-pihak tertentu.
Dalam pada itu, Malaysiakini juga melaporkan:
Mengulas perkara yang sama, pakar perlembagaan negara, Dr Abdul Aziz Bari (bawah, kanan) berkata, perlembagaan menyebelahi Abdul Khalid dalam menentukan barisan exconya.
"Walaupun Hasan Ali adalah exco untuk agama, namun beliau adalah seorang ahli exco yang tertakluk di bawah kuasa MB, bukan sultan," katanya dalam e-mel kepada Malaysiakini hari ini.
Katanya, Artikel 43 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan perlantikan exco adalah di bawah bidang kuasa menteri besar atau ketua menteri masing-masing.
"Perlembagaan adalah jelas bahawa dalam pelantikan dan pemecatan ahli-ahli kabinet - dalam kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri - istana mesti patuhi nasihat (mereka) ," katanya. - Ibid.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis