Depa sebenarnya merancang nak letupkan Putrajaya | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Rabu, Januari 11, 2012

Depa sebenarnya merancang nak letupkan Putrajaya


Malaysiakini melaporkan:
Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar berkata adalah "tidak masuk akal" bahawa ketiga-tiga letupan yang berlaku di perkarangan kompleks mahkamah Kuala Lumpur pada hari Isnin lalu dilakukan oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Ini kerana, katanya bom-bom berkenaan telah menyebabkan kecederaan kepada penyokong Pakatan sendiri dan merosakkan beberapa kenderaan mereka.

“Polis kena perjelaskan dari pihak mana. Takkan orang yang simpati dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang letak hingga kereta exco pun kena," katanya kepada Malaysiakini. - Mkini
Semalam Utusan melaporkan:
KUALA LUMPUR 10 Jan. – Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.

Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.

Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.

“Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.

“Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.

“Sebab itu kita percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Utusan.
Kalau digabungkan logik Mahfuz dan logik sumber polis, besar kemungkinannya anggota polis sendirilah yang bubuh bom jangka tu. Pasainya hanya pihak polis saja yang ada ruang dan peluang nak buat kerja BANGANG macam tu.

Sangat-sangat tak mustahil pasainya memang diketahui umum dalam kalangan anggota polis memang ada ramai  anggota yang jahat terutama sekali bab rasuah dan termasuk jugak ada yang sanggup bila-bila masa beraksi macam 'si anjing Umno'.

Contohnya macam kes Adam Adli, yang nak pukul dia di depan balai polis tu katanya seorang anggota polis dan yang lebih jelas lagi yang didakwa meletupkan Altantuya dengan C4 tu yang sampai ke sudah tak didedahkan muka tu pun anggota polis jugak. Jadinya apa sangat la kalau setakat nak letakkan bom jangka bermutu rendah yang tak kuat tara mana tu.

Aku yakin kalau tanya rakyat Malaysia majoriti tak menafikan kemungkinan yang bubuh bom jangka tu adalah anggota polis sendiri. Aku bukannya nak tuduh tapi aku yakin memang persepsinya macam tu.

Yang aku tak boleh tahannya bila ada sorang pakcik penyokong Najib yang tak berapa cerdik beriya-iya bagitau aku, "Nasib baik Anwar bebas, kalau tak depa dah rancang nak letupkan Putrajaya".

Malas aku nak layan pakcik yang tak berapa cerdik tu. Cumanya aku harap di negara Malaysia yang dicintai ni tak ramai orang yang tak berapa nak cerdik macam pakcik yang sorang tu... Hahaha...

Apa pun, tak mustahil jugak kerja letupkan bom jangka tu adalah sebahagian dari kerja saraf oleh pihak yang BANGANG.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...