Hasan Ali akan buka rahsia Kerajaan Perpaduan? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Januari 12, 2012

Hasan Ali akan buka rahsia Kerajaan Perpaduan?


SinarHarian melaporkan:
SHAH ALAM - Pas yang memecat Datuk Dr Hasan Ali, Ahad lalu dipercayai bimbang kemungkinan bekas Pesuruhjaya Negeri Selangor akan mendedahkan rahsia-rahsia parti termasuk desas-desus bahawa wujud perundingan membentuk kerajaan perpaduan tiga tahun lalu, kata penasihat pusat kajian Ilham Centre.

Muhamad Hisomudin Bakar berkata, tindakan Pas memecat Hasan sebenarnya tidak akan membawa kepada perpecahan atau kesan yang mendalam, sebaliknya pemimpin-pemimpinnya bimbang mereka akan berhadapan dengan senario yang dialami oleh PKR sebelum ini.

PKR, rakan Pas dalam Pakatan Rakyat, berhadapan dengan siri pendedahan mengenai persekitaran dalaman parti itu dan juga berkaitan dengan Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas sekumpulan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri keluar parti dan menjadi wakil rakyat mesra Umno dan Barisan Nasional.

"Pas bimbang kalau-kalau isu atau rahsia parti didedahkan kepada media kelak," kata beliau sambil menambah, Hasan sudah tentu tidak akan berdiam diri." - SinarHarian
Kalau teliti tulisan-tulisan di alam maya ni terutama dalam blog nampak macam ada laporan 'mutawatir' yang menunjukkan memang ada rahsia besar berkenaan Kerajaan Perpaduan yang mungkin Hasan Ali simpan yang boleh dia jadikan peluru untuk 'pertahankan diri.'

Kalau takdak 'peluru besar' aku tak yakin Dr. Hasan Ali berani ambil risiko memperjudikan nasib masa depan politik dia. Aku yakin dia dah buat perkiraan untung rugi tindakan drastik dia 'berperang' dengan PAS dan Pakatan Rakyat tu.

Cumanya, aku harap pakar strategi dalam PAS dah pun ada plan bertindak untuk kurangkan seminima mungkin kerosakan yang mungkin Dr. Hasan Ali mampu buat.

Dan aku harap depa boleh buat sesuatu supaya 'peluru besar' yang mungkin ada pada Dr. Hasan Ali tu keluar secepat mungkin, lagi cepat keluar lagi bagus. Kalau dah bubar parlimen baru peluru tu keluar mungkin PAS tak berupaya nak sekat.

Setakat yang aku kenai Dr. Hasan Ali, aku yakin  Dr. Hasan Ali takkan simpan peluru yang dia ada. Tambah-tambah pulak bila tengok kepada cara pemerimaan pemecatan dia tu, aku sangat-sangat yakin tak mungkin dia akan simpan rahsia tu, dia cuma tunggu masa yang sesuai untuk dia tembak.


Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...