Bila Hasan Ali nak keluarkan 'peluru besar' dia? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 24, 2011

Bila Hasan Ali nak keluarkan 'peluru besar' dia?


Hasan Ali
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 24 Dis: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali hari ini mengakui kesilapannya mengkritik pendekatan Negara Berkebajikan yang mahu dibawa PAS seperti diputuskan dalam Muktamar tahunan parti itu Jun lalu.

Ekoran itu juga, beliau yang juga exco kerajaan Selangor pada satu sidang media di kediamannya hari ini menarik balik kritikannya itu dan memohon maaf kepada pimpinan dan ahli parti.

“Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan mengenai perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen mengenai Negara Berkebajikan tersebut.

“Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini.

Sebelum ini pada satu sidang medianya juga, beliau mendakwa perjuangan PAS sudah menyimpang apabila mengangkat Negara Berkebajikan berbanding Negara Islam sejak sekian lama. - Hrkh.
Kira ok la tu dia sanggup tarik balik komen keterlaluan dia pasai konsep Negara Berkebajikan tu.
 
Memang pun, tak kira walau apa pun tujuan dia, memang Dr. Hasan silap langkah bila kritik konsep negara berkebajikan. Kritikan dia tu memang sebijik macam suara Umno, langsung takdak nada seorang ahli PAS pun.

Kalau dia rasa dengan tindakan dia tarik balik kenyataan dia tu boleh perbaiki persepsi negatif yang dah dia buat, dia mungkin boleh sekadar bermimpi. Pasainya takdak alasan langsung yang boleh menghalalkan tindakan dia tu di mata orang PAS.

Untuk PAS sebenarnya kesan tak besar mana tapi kesan yang besar adalah ke atas batang tubuh Dr. Hasan Ali sendiri.

Aku sebenarnya masih menantikan bila peluru besar yang ada kat Dr. Hasan Ali tu nak keluar. Aku yakin dia ada 'peluru besar'. Kalau tak takkan dia seberani tu menghentam PAS secara terbuka. Mungkin pasai tu jugak nampak mesyuarat PAS Pusat nampak terlalu berhati-hati dengan episod Dr. Hasan Ali ni.

Aku harap pihak saraf PAS pusat boleh buat sesuatu supaya 'peluru besar' tu keluar awal, lagi lambat keluar lagi payah la PAS nak tangkis.

Kawan aku si ManjungMari ada bagi cadangan kalaulah dia boleh buat keputusan, tapi aku tak yakin PAS Pusat berani buat tindakan sedrastik tu. Bukan bab berani atau tak tapi takdak dalam pilihan pun.

[Kredit gambar: Malaysiakini]

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...