Harakahdaily melaporkan:
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan bekas pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang dipecat sebagai anggota parti baru-baru ini supaya "jaga mulut" daripada terus mengkritik dasar-dasar parti Islam itu.Sebelum tu Malaysiakini juga melaporkan:
Mursyidul am PAS berkata, tindakan Dr Hasan yang menyebabkannya dipecat genap seminggu lalu menggambarkan kenyataan yang "tidak cerdik", lebih-lebih lagi apabila bercakap secara terbuka kepada media milik Umno.
"Nasihat saya (pada Dr Hasan), jaga mulut. Jaga mulut. (Sepatutnya) kalau ada masalah apa tak betul dengan parti, kita sebut dalam mesyuarat. Ini cakap dalam surat khabar,
"Lebih-lebih lagi surat khabar Umno pula. Lepas itu dibesar-besarkan. Tak cerdik kita bila kita cakap bom bang bom bang kepada orang ramai. Nak kata bodoh tak boleh. Tak cerdiklah," katanya. - Mkini.
Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Mohamed Ali tidak akan mengemukakan rayuan berhubung pemecatannya biarpun ada di kalangan penyokongnya meminta beliau untuk berbuat demikian.Dari sisi pandangan lain pun nampak jugak tak cerdiknya Dr. Hasan Ali ni.
Beliau berkata demikian pada Program Bicara Memurnikan Akidah Ummah, anjuran Sekretariat Selamatkan Akidah (HIMPUN) di Taman Bolton, Kuala Lumpur dan disiarkan akhbar Sinar Harian hari ini.
Hasan dipetik berkata, beliau tidak kesal dengan pendirian tersebut selepas merasakan perjuangan di dalam PAS dikhianati khususnya oleh sekumpulan ‘parasit’ yang lebih rela menghargai dan meraikan perjuangan orang lain.
“Saya tak boleh, jiwa saya tak boleh. Saya tidak nampak kenapa harus kekal dalam parti,” katanya. - Mkini.
Ramai kalangan kawan-kawan kat Parit Buntar yang bersama Dr. Hasan Ali gerakkan jentera pilihanraya untuk PRU 1999 dulu, tak faham dengan tindakan Dr. Hasan Ali kali ni. Depa tak faham apa sebenarnya yang Hasan Ali ni nak.
Kalau nak ego pun patut padan dah la. Kalau nak sangat jadi MB pun buat la kerja ke arah yang boleh jadi MB bukan buat kerja mencantas peluang sendiri untuk jadi MB.
Kalau betul dia ikhlas dan betul-betul nak perjuang agama bangsa dan istana macam yang dia bagitau tu, duduk dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan dok ada sekarang ni pun sebenarnya lebih berkesan dari duduk kat luar, tambah-tambah lagi la kalau duduk dalam Umno.
Perjuangan untuk 3 entiti tu akan lebih berkesan dan lebih mudah dengan adanya kuasa. Dengan kuasa sebagai Exco yang dia ada sebelum ni, cukup banyak yang dia boleh buat. Sangat-sangat tak cerdik lepaskan kuasa yang sebenarnya lebih memudahkan.
Lagi satu, yang lebih jelas lagi, takkan Dr. Hasan tak tengok apa yang jadi kepada tokoh-tokoh terutamanya dari PAS yang keluar parti sebelum ni, dengan nilai kupang tembaga cakap depa langsung sapa pun tak peduli.
Bagi kes Dr. Hasan Ali ni, kalau nak laku pun cakap dia mungkin sampai PRU13 saja, tu pun tak berapa kerat sangat yang nak dengar sebenarnya, lepas habih PRU13 nanti jadi kupang tembaga la, tak kira sapa yang memerintah pun.
Kalau nasib dia baik dan Umno masih kekal memerintah dapat la kut sikit-sikit cari makan macam dulu sebelum dia masuk politik tapi kalau ditakdirkan Pakatan Rakyat yang memerintah, taktau la pulak kalau ada kalangan dalam PAS yang cukup baik sanggup bagi peluang kedua untuk dia.
Pada aku, hanya orang yang tak cerdik saja yang tak boleh nampak benda yang cukup jelas macam tu.
Lagi satu tak cerdiknya Dr. Hasan Ali ni, dia rasa dengan dia ada Phd tu, dia sorang saja yang cerdik, apa yang dia fikir dan buat semuanya betul, apa yang orang lain fikir dan buat yang tak setentang dengan dia semuanya tak cerdik dan tak betul.
Akhirnya dengan kecerdikan dia yang 'sampai paras siling dah' tu bakal jadi kupang tembaga.
Kalau nak dibandingkan dengan Ust Nasha, nampak Ust Nasha lebih cerdik sikit ja dari Dr. Hasan Ali... Hahaha...
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis