Sinarharian melaporkan:
KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju melaksanakan tujuh daripada 10 cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Penambahbaikan Pilihan Raya (PSC) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13)akan datang.Juga dilaporkan:
Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, baki tiga lagi cadangan iaitu melibatkan pengundi luar kawasan, pertukaran kawasan pendaftar dan pengundi tidak hadir yang berada di luar negara masih dalam kajian SPR.
"Tujuh cadangan yang akan dilaksanakan pada PRU13 termasuk penggunaan dakwat kekal, pengundian awal bagi anggota polis dan tentera serta pasangan masing-masing, memanjangkan tempoh pameran Rang Daftar Pemilih Tambahan dari tujuh hari kepada 14 hari, pemansuhan proses bantahan dan tempoh penarikan diri pencalonan serta pembersihan daftar pemilih," katanya. - SH.
Berhubung pembersihan daftar pemilih, beliau berkata SPR telah mengemukakan senarai 12.4 juta pengundi berdaftar kepada MIMOS Berhad bagi tujuan tersebut awal bulan ini.Harakahdaily sebelum ni ada melaporkan:
"Kita tidak meletakkan tarikh akhir bagi pihak MIMOS tetapi kita harap ia akan selesai sebelum laporan akhir PSC dibentang di Parlimen Mac nanti," katanya. - Ibid.
Untuk pembersihan daftar pemilih, PSC mengesorkan supaya SPR melantik MIMOS Berhad untuk membuat verifikasi terhadap pembersihan ke atas perkara berikut:Ada member yang pertikai pasai apa aku masih lagi nak pakai baju BERSIH setiap Sabtu padahal dia kata SPR dah setuju hampir semua perkara yang PSC cadangkan. 7/10 kira dah ok la tu. Lagi 3 tu pun bukannya tak setuju cuma perlu kajian lanjut.
A- Dua orang pemilih dengan satu kad pengenalan sama
B- Pengundi yang telah meninggal dunia tetapi masih berada dalam daftar pemilih
C- Pengundi berumur 90 tahun ke atas
D- Pemilih bukan warga tempatan
E- Ramai pemilih dalam satu alamat
F- Pengundi hilang kelayakan. - Hrkh.
Memang kalau tengok kepada laporan tu nampak macam SPR tunduk kepada tuntutan pembangkang. Aku kata tuntutan penbangkang pasai wakil pembangkang duduk sekali dalam jawatankuasa tu.
Bukan calang-calang punya wakil pulak tu, PKR diwakili oleh Timbalan Presiden, PAS diwakili oleh Pengarah Pilihanraya dan DAP pulak diwakili oleh Timbalan Pengarah Pilihanraya.
Dan setakat hari ni langsung tak dengar komen negatif berkenaan PSC dari ketiga-tiga wakil tu. Maknanya ketiga-tiga wakil Pakatan Rakyat tu setuju dengan keputusan dan ketetapan PSC.
Cuma yang depa pertikai setakat ni cuma penerimaan United Malay National Organisation. Kalau Najib melalui SPR bersetuju dan laksanakan semua 10 cadangan PSC tu dan juga cadangan fasa kedua yang akan dibentang dalam sidang parlimen Mac nanti , maknanya Pakatan Rakyat sepatutnya dah tak boleh belasah SPR lagi.
Cumanya, dari 10 cadangan fasa pertama tu yang masih boleh dipertikaikan cuma berkenaan pembersihan daftar pemilih. Setakat ni kita tak dibagitau apa rasionalnya MIMOS dibagi tanggungjawab untuk buat pembersihan tu. Yang lebih penting lagi boleh ka kita percayakan MIMOS tu.
Pasainya, para penchachai United Malay National Organisation ada di mana-mana, tambah-tambah lagi GLC macam MIMOS yang duduk bawah MOSTI, tentu ada punya.
Senang cerita, aku memang cukup prejudis, selagi puak-puak United Malay National Organisation yang pegang kuasa memang aku tak percaya. Ramai yang sanggup jadi balachi beraksi macam 'si anjing Umno' untuk pastikan United Malay National Organisation terus berkuasa tak kira walau secelaka mana sekali pun aksi depa.
Kalau tak menipu dalam pilihanraya bukan Umno namanya.
Lagi satu, bab baju BERSIH tu, apa masalahnya aku tetap pakai setiap Sabtu. 8 tuntutan BERSIH 2.0 tu bukan setakat kepada SPR saja tapi ada jugak tuntutan yang melepasi kuasa SPR yang setakat ni bekan saja belum tunaikan tapi bayang pun tak nampak.
8 tuntutan BERSIH 2.0 kut-kut ada yang lupa:
- Bersihkan senarai undi - dah mula buat tapi belum selesai
- Mereformasikan undi pos - dah mula buat tapi ada yang belum puashati
- Gunakan dakwat kekal - hampir pasti dilaksanakan
- Tempoh kempen minima 21 hari - belum dengar cerita
- Akses media yang bebas dan adil - masih berangan
- Kukuhkan institusi awam - masih berangan
- Hentikan rasuah - masih berangan
- Hentikan politik kotor - masih berangan
Dah tak sabar rasanya nak rasa lagi sekali sedut gas
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis