KeadilanDaily melaporkan:
KUALA LUMPUR 23 Dis: KEADILAN menyelar tindakan dan tekanan yang dilakukan pentadbiran Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) terhadap mahasiswanya, Adam Adli yang mencetuskan kontroversi kerana menurunkan bendera Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.Macam aku tulis sebelum ni, sebenarnya Adam Adli tak lakukan apa-apa kesalahan pasainya bertindak kurang ajar bukan satu kesalahan jenayah atau kesalahan sivil. Kalau nak kata salah pun cuma dari segi moral, tu pun masih diperdebatkan lagi.
Ia berikutan surat dikeluarkan pihak universiti itu yang mendakwa Adam di bawah dua pertuduhan iaitu merosakkan nama universiti dan memberi ancaman kepada ketenteraman awam. - KeadilanDaily.
Kecuali la kalau dalam waktu terdekat ni parlimen membentangkan akta anti kurang ajar dan penguatkuasaan dia 'backdated'
UPSI memang takdak pilihan kecuali dakwa Adam Adli memalukan UPSI atau ayat yang UPSI guna 'merosakkan nama universiti'. Kalau pertuduhan atas tu memang dia tentu punya akan didapati bersalah pasainya memang pun UPSI malu dengan tindakan Adam Adli tu, malu kepada Najib dan United Malay Nasional Organisation dan BN.
Memang bukan lagi rahsia perlantikan orang-orang besar di UPSI malah di semua IPTA memang ada campurtangan orang politik. Jadinya memang standard la depa-depa tu wala' kepada 'tuan' yang melantik depa dan tentulah depa nak pastikan kepentingan dan nama baik 'tuan' depa tu dibela.
Macam tu jugak pertuduhan 'memberi ancaman kepada ketenteraman awam', walaupun bunyi macam lawak tapi dari sudut lain, memang kena kat depa.
Memang tentu punya sabit bersalah pasai piawai yang akan digunakan tentulah piawai United Malay Nasional Organisation dan memang pun puak-puak penchachai United Malay Nasional Organisation termasuk jugak pemimpinnya memang berasa sangat tak tenteram dengan tindakan berani Adam Adli tu.
Jatuh maruah depa, bendera gambar pemimpin utama depa diturunkan dikawasan pejabat depa pulak tu, memang la depa rasa tak tenteram. Tambah agi pulak tindakan tu mendapat sokongan meluas termasuk dari kalangan mahasiswa yang tentu punya akan mempengaruhi undi yang akan depa dapat masa PRU13 nanti.
Adam Adli tentu punya akan didapati bersalah. Cuma yang belum pasti apa hukuman yang akan dikenakan. Tak mustahil hukuman tu sampai tahap dibuang universiti dan tengok kepada reaksi dan respon Adam Adli, aku yakin dia cukup bersedia kalau hukuman tu dijatuhkan.
Cumanya, yang lebih penting lagi, setara mana tindakan ke atas Adam Adli tu mempengaruhi momentum kebangkiran suara dan tindakan lebih berani mahasiswa.
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis