Berita yang mengancam ketenteraman Umno Kedah | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Isnin, Disember 26, 2011

Berita yang mengancam ketenteraman Umno Kedah


Bernama melaporkan:
KUCHING 26 Dis. - Beberapa kampung di kawasan rendah di Samarahan di sini, dilanda banjir bermula malam tadi berikutan hujan lebat sejak dua hari lepas yang diburukkan dengan fenomena air pasang besar.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir negeri ketika dihubungi, berkata setakat pagi ini, dua kampung iaitu Kampung Asajaya Hulu dan Kampung Serpan Ulu terjejas dengan bencana itu.

"Menurut laporan daripada pihak Pejabat Daerah Samarahan terdapat kira-kira tujuh keluarga telahpun dipindahkan ke pusat penempatan banjir setakat ini,” katanya. - Bernama
Juga dilaporkan:
Sementara itu di SANDAKAN, SABAH - Mangsa banjir di Kampung Gum Gum di sini yang ditempatkan di pusat pemindahan meningkat kepada 351 orang setakat 9 pagi ini berbanding 341 semalam. - Ibid.
Bernama juga melaporkan:
KUANTAN: Keadaan banjir di daerah Rompin semakin buruk dengan lebih 300 mangsa lagi dipindahkan malam tadi, menjadikan mereka yang berada di pusat pemindahan meningkat kepada 946 orang setakat 9 pagi ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata sebuah lagi pusat pemindahan dibuka malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada lima buah.

Kesemua mangsa adalah daripada 214 keluarga dari 13 buah kampung, katanya ketika dihubungi di sini. Bernama
Juga dilaporkan bernama:
JOHOR BAHRU 26 Dis. — Jumlah mangsa banjir di 24 pusat pemindahan di negeri ini meningkat kepada 1,143 orang malam tadi berbanding 1,107 orang pada sebelah petang.

Menurut portal Majlis Keselamatan Negara semalam, 12 pusat pemindahan dibuka di Segamat setakat pukul 10 malam dan masing-masing enam di Mersing dan Batu Pahat. - Bernama.
Yang tak dilaporkan Bernama cuma banjir di Kedah. Nak lapor apanya kalau takdak banjir di Kedah.

Sebelum ni ada dilaporkan Perak, Kelantan dan Terengganu agak teruk jugak dilanda banjir tapi Kedah takdak pun aku terbaca laporan pasai banjir tahun ni.

Yang ada laporan cuma pasai banjir besar tahun lepas. Ahmad Bashah kata Dr. Ismail menipu pasai bantuan banjir besar di Kedah tahun lepas. Dr. Ismail pulak pertahankan dia yang kata Uniter Malay National Organisation sekupang pun tak bagi masa bajir besar tu, Umno cuma sibuk bila banjir dah nak surut, bila dah surut baru sibuk bagi bantuan.

Kesian kat para pemimpin dan penchachai  United Malay National Organisation di Kedah, rata-rata negeri semua dah kena banjir tapi kedah belum jugak dilanda banjir besar. Macam yang aku ada tulis sebelum ni depa memang mengharapkan sangat Kedah dilanda banjir besar lagi macam tahun lepas.

Nak buat macamana, mungkin doa depa belum dimakbulkan. Mungkin lepas PRU13 kut baru doa depa dimakbulkan tapi masa tu tak guna dah pasainya dengar cerita depa yakin cuma banjir besar di Kedah saja lagi yang boleh selamatkan depa dari kelah teruk masa PRU13 nanti.

Pasainya dengan banjir besar, depa boleh perbaiki persepsi yang teruk akibat tindakan depa masa banjir besar tahun lepas. Semua persedian dah dibuat untuk hadapi banjir besar tu. Cuma yang tak cerdiknya, tindakan keterlaluan  United  Malay National Organisation tu macam depa nak sangat bala banjir melanda Kedah

Dengan bahasa lain, berita kat atas tu tentu punya mengancam ketenteraman awan United Malay National Organisation di Kedah.

[Gambar Hiasan : Jentera PAS/PR sedang membantu mangsa banjir (penyokong Umno) - RBPM]

   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...