MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 20 Dis – Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Dr Abdul Aziz Bari menegaskan kumpulan mahasiswa SMM dan Bebas tidak perlu dan tidak boleh dikenakan tindakan berhubung insiden menurunkan ‘bendera’ berbentuk banting berwajahkan Datuk Seri Najib Razak, Sabtu lalu.Memang tak dinafikan, tindakan Adam Adli tu memang boleh kalau nak kata kuarng ajar. Memang kurang ajar la kalau pi masuk tempat orang lepas tu suka-suka buat apa yang kita suka. Tambah-tambah pulak benda bendera boleh dikira sebagai syiar.
Menurut Aziz (gambar), beliau tidak melihat apa-apa kesalahan dilakukan oleh pelajar-pelajar berkenaan.
“Saya tidak nampak mereka melakukan apa-apa kesalahan, mereka tidak merosakkan harta benda... tidak. Mereka menurunkan dan kemudian menaikkan semula bendera (banting).
“Mereka hendak siasat di bawah undang-undang apa? Nak ambil tindakan di bawah peruntukan apa?” kata beliau mengulas perkembangan di pekarangan ibu pejabat Umno di sini, Sabtu lalu. - TMI.
Aku pun, kalau tengok ada orang yang turunkan bendera PAS akan jadi menyinga. Tak kira la walaupun bendera tu dipasang di tempat yang tak sepatutnya. Tambah pulak kalau ada yang berani turunkan bendera lembang PAS depan rumah aku, memang 'bertimpas' la.
Cumanya memang tepat macam yang Dr. Aziz Bari kata tu, kalau depa kata salah, depa nak dakwa di bawah undang-undang apa?
Kalau UPSI nak ambil tindakan tatatertip pun, aku rasa takdak peruntukan yang boleh digunakan kecuali kalau ada peruntukan tak boleh memalukan UPSI. Kalau ada memang sah la Adam Adli akan sabit kesalahan. Pasai bab memalukan ni sangat subjektif, benda yang biasa bagi sesetengah orang tapi bagi setengah orang yang lain terlalu memalukan.
Contoh macam gambar kat atas tu, bagi orang Umno mungkin perkara biasa tapi bagi muslimat PAS terutamanya, perbuatan puteri Umno tu sangat-sangat memalukan, malah menjatuhkan martabat wanita.
Tindakan penchachai Umno di Pulau Pinang baru-baru ni lagi kurang ajar, hantar kek 'taik' ke pejabat kerajaan negeri. Lagi tahap gila babi punya kurang ajar.
Kalau penchachai Umno nak jugak Adam Adli diambil tindakan dan didakwa, nampaknya Parlimen kena bentangkan satu undang-undang baru, Undang-Undang Anti Kurang ajar.
Kalau nak bentangkan rang undang-undang tu jangan lupa masukkan sekali hukumannya. Hukuman yang sesuai mungkin diludah beramai-ramai... Hahaha...
Bab kurang ajar ni aku sangat-sangat setuju dengan lirik lagu Anak-anak kita nyanyian M. Nasir
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis