Lain yang Umno harap lain yang jadi | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Selasa, Disember 13, 2011

Lain yang Umno harap lain yang jadi


MalaysianInsider melaporkan:
KUANTAN, 13 Dis — Mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di dua daerah di Pahang meningkat kepada 2,894 orang pagi ini.

Jurucakap bilik gerakan banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, daerah Kuantan mencatatkan seramai 2,414 mangsa banjir melibatkan 716 keluarga.

“Sebanyak 21 buah kampung di Kuantan terbabit banjir dan semua mangsa ditempatkan di 14 buah pusat pemindahan,” katanya dipetik Bernama Online.

Di daerah Rompin, seramai 480 mangsa daripada 114 keluarga ditempatkan di pusat-pusat pemindahan banjir di daerah itu, katanya.

Beliau berkata banjir di daerah itu melibatkan enam buah kampung dan kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan. - TMI.
Pertama sekali aku nak ucapkan takziah kepada semua mangsa banjir di Pahang sana. Moga-moga depa sabar menghadapi bala atau ujian tu.
 
Bila kena musibah macam tu, ada yang kata sebagai bala dan ada yang kata sebagai ujian. Pada aku bergantung la dari sudut mana kita tengok bencana tu berkait dengan diri kita sendiri. Bagi yang rasa diri dia teruk dan banyak dosa, musibah tu sebagai bala dan peringatan dari tuhan manakala yang merasakan diri baik dan banyak pahala mungkin menganggap musibah tu sebagai ujian dan peluang untuk dapat lebih banyak pahala.

Selain dari tu ada jugak yang tengok musibah macam banjir tu sebagai kesempatan atau peluang. Macam Umno Kedah, nampak sangat sebelum-sebelum ni macam mengharapkan banjir besar melanda negeri Kedah.

Depa dok rasa kalau banjir besar melanda Kedan, depa ada peluang untuk dapat politikal mileage. Sungguh-sungguh depa bagitau yang depa dah betul-betul bersedia untuk hadapi bala bencana tu. Siap bagitau semua barang keperluan untuk mangsa banjir dah pun sedia, pusat pemindahan banjir pun dah dikenal pasti termasuk petugas sukarela sekali.

Punya la sungguh-sungguh depa seronok bercerita pasai persiapan tu sampai nampak macam depa begitu mengharapkan Kedah ditimpa banjir besar, malah tak mustahil ada yang sampai tahap berdoa moga-moga Kedah dilanda banjir besar kali ni, kalau jadi macam banjir di Thailand pun ok pasai tentu punya jentera kerajaan negeri Kedah lumpuh.

Memang pun, kalau berlaku banjir besar, Umno BN akan ada peluang untuk tunjuk baik, tunjuk hebat bantu rakyat yang jadi mangsa banjir. Dalam masa yang sama depa jugak boleh buat bagi nampak Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kedah macam tak buat apa-apa.

Senang ceritanya, kalau banjir besar melanda Kedah Umno BN ada peluang untuk tunjukkan yang kerajaan Pusat pimpinan Umno BN cukup baik dan cukup hebat membantu rakyat manakala Kerajaan Negeri pimpinan PAS dan PR tak mampu walaupun untuk bantu rakyat negeri sendiri.

Masalahnya, macam ayat yang dulu selalu kita dengar Gobala sebut "Wamakaru wamakarallah..." perancangan depa tu tak boleh nak jalan pasai Kedah tak banjir-banjir. Kelantan, Perak dan Terengganu banjir tapi Kedah tak kena banjir.

Jabatan Kajicuaca ada bagi peringatan kemungkinan banjir gelombang kedua, yang kenanya Pahang dan Johor tapi Kedah tak kena jugak.

Apa pun, musim banjir belum habih lagi. Masih ada peluang Kedah nak dilanda banjir dan aku yakin Umno Kedah masih mengharapkan Kedah dilanda banjir besar pasainya kalau Kedah tak dilanda banjir besar peluang depa untuk rampas balik Kedah akan jadi makin malap.

Berkaitan
BANJIR: AGENSI PUSAT SUDAH BERSEDIA, KERAJAAN NEGERI DIMINTA BUAT PERSIAPAN - Portal Umno Kedah.
Barisan Nasional Mengharap Banjir

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...