mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menamatkan tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13 pada Isnin mencatat pelbagai pencapaian cemerlang sepanjang menjadi ketua negara sejak lima tahun lepas, antaranya menjejak kaki ke Antartika.Antara pencapaian hebat Sultan Mizan yang mStar gariskan adalah:
Lawatan Seri Paduka Baginda dari 20 hingga 24 November lepas ke benua itu adalah sempena langkah Malaysia menandatangani Triti Antartik 1959 pada 31 Oktober lepas, yang antara lain membolehkan saintis negara ini terlibat secara langsung dalam semua penyelidikan yang dijalankan di benua Antartika. - mStar.
- Raja Melayu termuda naik takhta pada umur 38 tahun
- Raja melayu kedua termuda jadi Agong selepas Raja Perlis
- Agong yang pertama menaiki jet pejuang Sukhoi SU-30MKM
- Agong pertama yang naik kapal selam pertama negara
Kalau tengok snarai tu aku tak nampak kat mana hebatnya pun. Semua tu lebih kepada kebetulan dan Sultan Mizan berkhidmat pada masa yang berkenaan.
Antara 'pencapaian besar' Sultan Mizan yang tak kurang pentingnya adalah 'membantu' menjadikan himpunan BERSIH 1.0 lebih berjaya bila bersedia terima memorandum BERSIH. Sultan Mizan juga 'berusaha' untuk lebih menjayakan himpunan BERSIH 2.0 bila sanggup terima mengadap S Ambiga, pengerusi BERSIH 2.0 walaupun ada yang gelar Ambiga sebagai pengkhianat negara yang mengetuai satu pertubuhan haram.
Selepas ni, Sultan Abdul Halim dari Kedah pulak akan jadi Agong. Kita sama-sama tengok macamana tindakan dari pihak Istana lepas ni bila BERSIH 3.0 pulak dianjurkan. Kalau tengok tingkah laku Sultan Kedah sebelum-sebelum ni, aku aku tak rasa tindakan yang bakal dibuat akan 'seberani' Sultan Mizan kalau pun mungkin tak seteruk kalau sultan lain yang jadi Agong masa tu.
Lebih menarik untuk dilihat macaman pulak tingkahlaku dan 'prestasi' Sultan Kelantan sebagai Agong nanti yang akan dilantik menggantikan Sultan Kedah selepas tamat tempoh perkhidmatan 5 tahun Sultan Kedah sebagai Agong.
Apa pun, suka aku tekankan di sini "Ada aku kesah?"
p/s 1 -
p/s 2 - Gambar atas tu, Sultan Kelantan sembelih lembu (kredit: TopengPerak)
Nota kaki makan cekam: Tanpa memang prejudis