Kalau calon ni yang nak lawan Hj Nizar MIC tentu setuju | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Sabtu, Disember 24, 2011

Kalau calon ni yang nak lawan Hj Nizar MIC tentu setuju


Kemarin dulu Malaysiakini ada melaporkan:
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mengesahkan MIC akan menyerahkan kerusi dewan undangan negeri Pasir
Panjang kepada Umno dalam satu proses pertukaran kerusi.

"Ini sudah dipersetujui MIC," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, di Ipoh hari ini.

Zambry bagaimanapun enggan mendedahkan kerusi yang akan diserahkan Umno kepada MIC sebagai ganti.

Sebelum ini, ada desakan daripada pemimpin akar umbi agar kedua-dua parti itu bertukar kerusi memandangkan kawasan Pasir Panjang didominasi pengundi Melayu. - Mkini.
Kawasan mana la yang malang tu. Konon nak bagi Umno nampak berani dan hebat menghadapi kehebatan aura bakal menteri besar Perak dari  Pakatan Rakyat, Umno sanggup memperjudikan nasib kerusi DUN lain.

Masalahnya ada peluang ka calon MIC nak memang kerusi tu?

Tapi, yang lebih menarik lagi, agak-agak sapa winnable candidate pilihan Zambry 'eee' Kadir untuk jadi calon Umno menentang Hj Nizar di Dun Pasir Panjang tu.

Kalau masa PRK Hulu Selangor dulu walaupun kerusi tu majoriti pengundi adalah orang melayu, tapi majoriti orang melayu kat situ tetap jugak pilih calon BN pasai BN letakkan calon yang lebih popular sebagai Ust Kamal.

Dengar ceritanya Zambry 'eee' Kadir nak guna formula yang sama di Dun Pasir Panjang. Dia akan letakkan calon dari United Malay Nasional Organisation (kata parti melayu tapi guna nama bahasa inggeris) yang orang India pun boleh terima.

Aku taktau sapa tapi Manjong Mari ada bubuh gambar winnable candidate pilihan Zambry 'ee'e' Kadir tu. Tapi aku rasa mungkin mamat tu tak layak jadi calon pasai... hangpa tengok sendiri laa... Hahaha...

Sungguh-sungguh Umno nak cuba kalahkan Hj Nizar sampai sanggup tukar kerusi. Malangnya depa taktau yang Hj Nizar mungkin tak bertanding di Pasir Panjang dah. Kesian Umno... Hahaha.

Nak tau kerusi mana Hj Nizar akan bertanding? Aku dah pernah tertulis sebelum ni, kalau nak tau cari la dalam blog aku ni... Hahaha...

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...