Hasan Ali buat lagi pulak dah!!! | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 29, 2011

Hasan Ali buat lagi pulak dah!!!


Malaysiakini melaporkan:
Exco Hal Ehwal Agama Islam Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali telahpun membuat pertemuan dengan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam.

Dalam pertemuan tersebut, Harakahdaily melaporkan Hasan telah menarik balik kenyataannya mengkritik PAS berhubung isu negara berkebajikan dan meminta maaf kepada pimpinan PAS.

Pertemuan itu berlangsung di kediaman rasmi menteri besar Kelantan di JKR 10. Hadir sama ialah presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.

Media rasmi PAS itu memetik Nik Aziz sebagai berkata: "Saya melahirkan rasa syukur di atas rasa rendah diri Datuk Dr Hasan Ali yang bersedia memohon maaf serta menarik balik kenyataan negatifnya terhadap parti sebelum ini.

"Bukan mudah bagi orang yang melakukan kesalahan serta mengakuinya dan memohon maaf, jadi tindakan beliau itu begitu mengharukan saya. - Mkini.
Dalam posting sebelum ni aku cuma mencadangkan supaya "Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya" saja, bukannya suruh 'berdamai'.

Tapi nampaknya TG Nik Aziz, Mursyidul Am PAS pilih untuk berdamai terus dengan Dr. Hasan Ali. Nampak macam 'dosa' Dr. Hasan Ali dah dicuci bersih walaupun sebelum ni dalam siaran media Dr. Hasan Ali macam yang dilaporkan Tranungkite:
Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa PAS Pusat, saya mengakui terdapat unsur keterlanjuran saya waktu membuat ulasan terhadap perkara itu. Dengan ini saya menarik balik komen saya mengenai ‘Negara Berkebajikan’ tersebut. Saya memohon maaf kepada saf kepimpinan dan ahli-ahli parti terhadap keterlanjuran saya itu. - Tranungkite
Tiba-tiba Bharian hari ni keluar laporan macam lain pulak. Aku malas nak ulas, hangpa baca sendiri la.

Klik untuk imej lebih besar. [kredit: LernsaHp]
   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...