TG Nik Aziz vs Hasan Ali - Siapa penipu? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, Disember 29, 2011

TG Nik Aziz vs Hasan Ali - Siapa penipu?


Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Harakahdaily mempertahankan berita kenyataan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz semalam mengenai pertemuannya dengan Datuk Dr Hasan Mohd Ali.

Sehubungan itu, kami menafikan berita itu diputarbelitkan sebagaimana di dakwa.

Berikut adalah asas kepada berita berkenaan.

Transkrip penuh sidang media Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dengan wartawan di Pantai Irama, Bachok 28 Disember.

Tuan Guru Nik Aziz: Datuk Hassan Ali menarik balik kenyataan-kenyataan dia yang sensitif. Ini tanda kelelakian dia, anak jantan. Kita buat salah, bila kita sedar buat salah, tarik balik, minta maaf. Ini ajaran agama. Bukan senang manusia buat salah nak tarik balik, bukan senang. Tiba-tiba dia ni tarik balik.

Kita ucap syukur, moga ramai lagi orang yang buat salah, tarik balik dan minta maaf.

Wartawan: Dari segi parti sendiri tok guru, terimalah?

Terimalah.

Wartawan: Pertemuan itu di mana Tok Guru?

JKR 10 - Hrkh.
Kalau baca transkrip tu memang takdak secara verbatim TG Nik Aziz bagitau yang Dr. Hasan Ali minta maaf. Tapi kalau ditafsir tindakan TG Nik Aziz, takkan kut sampai tahap buat kenduri kesyukuran di JKR10 kalau episod tu tak selesai.

Episod tu memang boleh dianggap selesai kalau Dr. Hasan Ali ucap sendiri depan TG Mik Aziz yang dia tarik balik ucapan dia yang sebelum ni dan jugak dia minta maaf atas 'keterlanjuran' dia tu. Bila TG Nik Aziz sampai buat kenduri kesyukuran tumaknanya dah tentu la episod Hasan Ali kali ni memang betul-betul tutup buku.

Memang ramai yang terkejut bila tiba-tiba keluar berita dalam Bharian yang tulis Dr. Hasan Ali sangkal mohon maaf.

Walaupun ada member kata ada kemungkinan wartawan Bharian buat fitnah tapi aku yakin memang kenyataan tu kenyataan Dr. Hasan Ali sendiri. Tsakkan kut wartawam Bharian berani nak saja-saja reka benda sampai macam tu.

Kalau betul kenyataan tu memang sebenar dari Hasan Ali, maknanya sah Dr. Hasan Ali memang nak PAS berkerat rotan dengan dia. Dengan kenyataan macam tu, aku harap takdak lagi dikalangan pimpinan PAS yang masih nak berkhusnuz-dzan dengan dia.

Kecuali la kalau lepas ni kelaur pulak kenyataan dari Dr. Hasan Ali menafikan pulak laporan Bharian tu.



Klik untuk imej lebih besar. [kredit: LernsaHp]
   Cenangau Daunkari
Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...