Sebab sebenar Umno marah ada pemantau dalam JK Tender? | Cenangau Daunkari

Iklan Top

Khamis, November 10, 2011

Sebab sebenar Umno marah ada pemantau dalam JK Tender?


Malaysiakini melaporkan:
Seorang penyokong BN mempersoalkan langkah kerajaan pakatan Selangor meletakkan anggota majlis dari kalangan wakil parti politik dalam jawatankuasa tender dan sebut harga pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sambil mempersoalkan ketelusan kerajaan negeri itu, Datuk Mohd Isa Abu Kasim (BN-Batang Kali) berkata ini kerana tindakan tersebut dilihat menimbulkan banyak keraguan termasuklah kemungkinan wujudnya campurtangan politik terhadap keputusan PBT dalam menetapkan sebut harga atau tender sesuatu projek pembangunan dan sebagainya.

"Saya masih ingat sebelum ini kerajaan negeri mengatakan mahu mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran termasuklah di peringkat PBT.

"Akan tetapi, apa perlunya anggota majlis daripada wakil parti politik (DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas) duduk dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT," katanya. - Mkini.
Puak-puak Umno ni duk bayangkan macamana cara puak-puak Umno dulu buat kerja masa duduk dalam JK Tender dan sebutharga. Memang pun dulu-dulu kerja pemimpin Umno yang duduk dalam jawatankuasa tu untuk campurtangan politik supaya bagi projek kepada kroni depa.


Aku tak heran langsung bila ada wakil Umno yang tak suka ada Ahli Majlis wakil parti politik duduk dalam jawatankuasa tender dan sebutharga, pasainya pasainya depa dok ingat semua orang politik perangai teruk macam depa.

Lagi satu, kalau ada 'wakil' Pakatan Rakyat dalam jawatankuasa tu, susah puak-puak Umno yang ada dalam Jawatankuasa tu nak 'buat kerja'.


Macam yang semua maklum, kat dalam semua PBT di seluruh negara memang penuh dengan juak-juak Umno dan depa-depa ni memang takdak masalah untuk beraksi sebagai 'si anjing Umno', terutama sekali la dalam Jawatankuasa Tender dan sebutharga yang umpama pejabat untuk paraid lombong emas di PBT.

Kalau takdak 'wakil' Pakatan Rakyat dalam JK Tender dan sebutharga tu, senang la puka-puak tu nak buat kerja, 'bagi makan' kepada pemimpin-pemimpin Umno yang memang ramai jadi 'kontraktor air liur'.

Sebenarnya, langsung tak timbul isu ketelusan dan campurtangan politik dari wakil Pakatan Rakyat tu. Tu semua auta saja. Kalau betul ada campurtangan politik dari 'wakil' Pakatan Rakyat selama ni, dah lama dah heboh dalam blog penchachai pandy kutty Umno.

Kalau kertas siasatan kes Sarbini yang rahsia tu pun boleh terlepas ke tangan blogger penchachai Umno, takkau kut apa yang berlaku dalam mesyuarat KJ Tender depa tak boleh dapat.

Memang tepat apa yang Liu kata macam yang dilaporkan Malaysiakini:
Bagaimanapun, Liu berkata, langkah meletakkan anggota majlis dalam jawatankuasa tender dan sebut harga PBT adalah satu perkara biasa.

Beliau berkata anggota majlis dalam jawatankuasa berkenaan hanyalah bertindak sebagai pemerhati selain mendakwa langkah sedemikian turut disambut baik oleh yang dipertua dan pegawai PBT.

"Mereka (Yang Dipertua, pegawai PBT) suka ada pemantau (anggota majlis) di situ (jawatankuasa tender dan sebut harga PBT). Kita nak tentukan keadaan periksa dan seimbang," katanya. - Ibid.
Dan tepat jugak macam yang YB Mohd Isa Abu Kasim kata, memang Pakatan Rakyat tak berapa nak percaya dengan pegawai PBT pasai ramai dari kalangan depa yang dapat jawatan tu atas kabel politik Umno BN sebelum ni.

Nota kaki makan cekam:  Tanpa memang prejudis

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...